Tuanku Muhriz Titah Ismail Teruskan Khidmat Sebagai Menteri Besar

SEREMBAN, 20 Nov – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan Datuk Ismail Lasim meneruskan khidmat dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar bagi memastikan kesinambungan pentadbiran negeri terus terpelihara. Ismail ketika mengesahkan perkara tersebut berkata beliau akan memberikan komitmen untuk terus melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi. “Saya ingin menjelaskan berhubung laporan mengenai surat peletakan […]

» Read more

Kebajikan Rakyat, Pembangunan Negeri Terus Jadi Keutamaan – Najib Samuri

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Peruntukan pembangunan sebanyak RM1.53 bilion atau hampir 50 peratus daripada keseluruhan Belanjawan Johor 2027 memperlihatkan tumpuan terhadap agenda pembangunan negeri, khususnya dalam memperkukuh infrastruktur dan menyediakan kemudahan kepada rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Datuk Najib Samuri berkata, Belanjawan Johor 2027 bertemakan “Johor Maju, Rakyat Sejahtera” yang dibentangkan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ […]

» Read more

Ahmad Zahid Terima Kunjungan Hormat Delegasi China, Bincang Kerjasama

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Disiplin Parti Komunis China (CCDI), H.E. Mr. Sun Xinyang bersama delegasi beliau di Kuala Lumpur. Pertemuan itu membuka ruang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pendekatan keselamatan, tadbir urus serta usaha memperkukuh institusi. Ahmad Zahid […]

» Read more

Presiden Perancis Lawat Chinatown, Kenapa Tidak Malay Town?

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Persoalan mengapa Kuala Lumpur masih belum mempunyai sebuah destinasi khusus dikenali sebagai Malay Town perlu diberikan perhatian, terutama ketika identiti, ekonomi dan warisan Melayu mempunyai potensi besar untuk diketengahkan kepada dunia. Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, lawatan Presiden Perancis ke Chinatown menimbulkan persoalan mengapa Kuala Lumpur masih belum […]

» Read more

Institusi Raja Bukan Bahan Politik – Farhan Ahmad

KUALA LUMPUR, 20 Nov – UMNO Bahagian Pokok Sena bersama Pergerakan Pemudanya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar berhubung pendedahan dokumen yang didakwa sebagai minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan oleh Tony Pua. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena memandang serius tindakan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, yang didakwa mendedahkan dokumen berkaitan minit Mesyuarat Lembaga […]

» Read more

Kerajaan Melaka Terus Komited Martabatkan Syiar Islam

MELAKA, 20 Nov – Kerajaan Negeri Melaka akan terus komited memartabatkan syiar Islam, memperkukuh institusi agama serta memastikan setiap agenda pembangunan negeri sentiasa berpaksikan nilai-nilai Islam. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berkata, komitmen itu penting bagi memastikan syiar Islam terus subur di bumi Melaka, selain menjadikan institusi masjid sebagai nadi penyatuan ummah dan pengukuhan hubungan masyarakat. […]

» Read more

Pindaan Akta MARA Di Peringkat Akhir, Dijangka Dibentang Tahun Ini – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 kini di peringkat akhir dan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum sidang Parlimen tahun ini berakhir, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pihaknya berharap penyediaan draf akhir Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan dapat diselesaikan dalam masa […]

» Read more

Jangan Permainkan Institusi Raja, UMNO Sabah Gesa Kerajaan Beri Penjelasan

KOTA KINABALU, 19 Nov – UMNO Sabah memandang serius dan kesal terhadap pendedahan serta penularan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan permohonan pengampunan Datuk Seri Mohd Najib Razak yang kini mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Samasuddin Yusop berkata, kuasa pengampunan merupakan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Menurutnya, […]

» Read more

KLSACH: Kenapa Kerajaan Tergesa-gesa Lulus Pajakan 99 Tahun

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Isu pemberian premium nominal bagi lanjutan tempoh pajakan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSACH) perlu dibahaskan segera kerana keputusan itu menimbulkan persoalan besar mengenai kepentingan awam, dasar pemilikan tanah serta hala tuju penyusunan semula sosioekonomi bandar. Ketua UMNO Bahagian Kepong, Datuk TPr Abdul Razak Abdul Rahman menegaskan, tindakan kerajaan memberikan lanjutan pajakan sehingga […]

» Read more
1 … 8 9 10 11 12 … 2,555