Wanita MCA Tonggak Perpaduan, Perkukuh Kesepakatan BN

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Perpaduan, semangat setiakawan dan kesepakatan antara parti komponen perlu terus menjadi kekuatan utama Barisan Nasional (BN) dalam memperkukuh keyakinan rakyat terhadap gabungan itu. Setiausaha Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Rosni Sohar berkata, meskipun parti komponen mempunyai perbezaan dari segi parti, kaum dan latar belakang, namun semuanya disatukan oleh semangat serta perjuangan yang sama demi rakyat […]

» Read more

Kepelbagaian Bukan Penghalang, Perpaduan Asas Kestabilan Negara – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 21 Nov – Kepelbagaian kaum, agama dan budaya di negara ini perlu terus dipelihara sebagai kekuatan dalam membina perpaduan serta menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat. Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, semangat saling menghormati dan bertolak ansur perlu menjadi pegangan semua pihak dalam memastikan perbezaan tidak dijadikan alasan untuk […]

» Read more

Semangat Kesukanan Pemangkin Budaya Kerja Positif, Harmoni

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berharap agar semangat kesukanan akan terus menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang positif dan harmoni. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan beliau telah berkesempatan memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) Tahun 2026 di Putrajaya […]

» Read more

Jentera Penerangan Parti Perlu Agresif Di Media Sosial, Tampil Dengan Fakta

KUALA KRAU, 21 Nov – Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru jentera penerangan agar bertindak agresif dalam medan media sosial bagi menangkis segala tohmahan kepada parti. Ujar Menteri Besar Pahang itu, jentera juga harus tampil dengan fakta di samping menyebarluaskan perkara-perkara positif dan usaha-usaha kerajaan di bawah pimpinan UMNO/Barisan […]

» Read more

Dap: Buktikan Konsistensi Pertahan Sensitiviti Umat Islam, Bukan Sekadar Retorik

Saya memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Khoo Poay Tiong yang mempersoalkan pelaksanaan arahan penutupan sementara premis perniagaan ketika waktu solat Jumaat di Terengganu. Nampaknya, apabila tiba isu yang melibatkan kepentingan umat Islam, masih ada pemimpin yang begitu pantas menggunakan alasan kebebasan berniaga, keharmonian masyarakat majmuk dan hak golongan bukan Islam untuk mempertikaikan dasar yang telah sekian lama […]

» Read more

Jangan Pertikaikan Kewajipan Solat Jumaat, Hormati Sensitiviti Agama Islam

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang mendesak Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menarik balik kenyataan yang mempersoalkan pelaksanaan arahan penutupan sementara premis perniagaan di Terengganu selama dua jam pada setiap Jumaat bagi memberi ruang kepada umat Islam menunaikan solat Jumaat. Ketuanya, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan berkata, solat Jumaat merupakan kewajipan agama bagi lelaki […]

» Read more

Pertikai Solat Jumaat, Khoo Poay Tiong Jangan Prejudis

KUALA TERENGGANU, 21 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera menggesa Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menarik balik kenyataannya berhubung polisi membenarkan pekerja lelaki Muslim di Terengganu menunaikan solat Jumaat serta memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negeri itu. Beliau berkata, kenyataan berkenaan bersifat prejudis terhadap Terengganu kerana dibuat tanpa memahami asas pelaksanaan […]

» Read more

Tony Pua Wajar Dikenakan Tindakan, Jangan Permain Kerahsiaan Negara – Rosni Zahari

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Pengamal undang-undang, Datuk Rosni Zahari mempersoalkan tindakan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang mendedahkan dokumen didakwa minit mesyuarat Lembaga Pengampunan menerusi laman Facebook sehingga menimbulkan persoalan serius berhubung kerahsiaan dokumen kerajaan dan institusi diraja. Rosni yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, berkata tindakan sedemikian amat tidak wajar, lebih-lebih lagi apabila Tony Pua sendiri […]

» Read more

Krisis NS: Semua ADUN BN-PN Sepakat Akur, Patuh Keputusan Parti

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) telah mencapai kata sepakat untuk akur dan patuh atas apa jua arahan pucuk pimpinan serta ketetapan parti. Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi satu hantaran di laman Facebooknya berkata, satu perjumpaan khas telah diadakan pada Jumaat. “Seramai 22 daripada […]

» Read more

Bersedia Hadapi PRU16… Manfaatkan Media Sosial Dekati Pengundi

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Dalam persediaan untuk menuju ke Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, Wanita UMNO perlu memanfaatkan media sosial untuk mendekati para pengundi, kata Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Ujarnya, kebolehcapaian media sosial yang tinggi perlu digunakan dengan sebaiknya untuk mendekatkan calon dengan para pengundi di samping menepis segala fitnah dilemparkan pihak lawan. “Dalam […]

» Read more
1 … 6 7 8 9 10 … 2,555