Ahmad Zahid Terima Kunjungan Hormat Delegasi China, Bincang Kerjasama

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Disiplin Parti Komunis China (CCDI), H.E. Mr. Sun Xinyang bersama delegasi beliau di Kuala Lumpur.

Pertemuan itu membuka ruang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pendekatan keselamatan, tadbir urus serta usaha memperkukuh institusi.

Ahmad Zahid berkata, kunjungan berkenaan turut mencerminkan hubungan baik antara Malaysia dan China yang terus diperkukuh menerusi dialog serta pertukaran pengalaman.

“Pertemuan ini turut mencerminkan hubungan baik Malaysia-China serta komitmen kedua-dua negara untuk terus memperkukuh hubungan dan kerjasama melalui dialog, pertukaran pengalaman dan persefahaman bersama,” katanya.

Sun Xinyang yang juga Naib Pengerusi Suruhanjaya Pengawasan Kebangsaan (NCS) mengetuai delegasi berkenaan dalam kunjungan tersebut. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO