Pengukuhan Penerangan UMNO Perlu Libatkan Semua Peringkat

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob berpandangan pengukuhan jentera penerangan parti perlu dilaksanakan secara menyeluruh dengan melibatkan Wanita UMNO bahagian-bahagian. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pendang berkata, ini kerana pengukuhan peranan penerangan bukan hanya tertumpu kepada peringkat pusat malah perlu melibatkan akar umbi bahagian bagi memastikan gerak kerja yang dirancang dapat dilaksanakan. “Penerangan […]

» Read more

Komunikasi Politik Merentasi Platform Digital, Kelompok Masyarakat

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berpandangan kaedah komunikasi konvensional tidak lagi boleh dijadikan satu-satunya medium untuk mendekati masyarakat. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata, ini kerana pendekatan seperti ceramah dan pertemuan secara bersemuka tidak mencukupi untuk mendekati masyarakat, khususnya dalam kelompok golongan muda […]

» Read more

Premium RM4.67 Juta Jadi RM1,000… Rakyat Berhak Dapat Penjelasan

JOHOR BAHRU, 20 Nov – UMNO Johor menggesa pihak berkuasa memberikan penjelasan terperinci berhubung keputusan menetapkan premium tanah bagi pajakan sehingga 99 tahun kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada kadar RM1,000, berbanding anggaran asal RM4.67 juta. Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Md Israk Abdullah berkata, usaha memelihara bangunan warisan wajar dihargai, namun keputusan melibatkan tanah awam […]

» Read more

Pekerja GiG Dapat Manfaat, Terima Kasih MB – Faiz Hashim

KUANTAN, 20 Nov – Pengerusi Majlis Ekonomi Gig Malaysia Negeri Pahang, Muhammad Faiz Hashim menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail atas inisiatif menyediakan Insentif Bantuan Gig Negeri Pahang berjumlah RM1.1 juta menerusi Belanjawan Pahang 2027. Menurut beliau, inisiatif berkenaan membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan dan kelangsungan hidup golongan pekerja […]

» Read more

Wanita UMNO Perkukuh Gerak Kerja PRU16, Aplikasi Digital Dalam Komunikasi

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Kursus Penerangan Bersama Ketua Penerangan Wanita UMNO Bahagian Seluruh Malaysia menjadi platform memperkukuh pengetahuan dan kemahiran jentera penerangan wanita dalam mendepani perkembangan komunikasi serta landskap digital semasa menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Program yang berlangsung di Auditorium UMNO, Menara Dato’ Onn, di sini, hari ini menghimpunkan Ketua Penerangan Wanita UMNO Bahagian dari seluruh negara […]

» Read more

Pahang 1st: Kerajaan Prihatin, Rakyat Diutamakan

KUANTAN, 20 Nov – Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan hasil sebanyak RM1.507 bilion bagi tahun 2027 dengan perbelanjaan mengurus berjumlah RM1.502 bilion, sekali gus mencatatkan lebihan sebanyak RM5 juta. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Belanjawan Negeri Pahang 2027 yang bertemakan “Pahang 1st: Kerajaan Prihatin, Rakyat Diutamakan” dirangka dengan mengambil kira keperluan semasa, cabaran ekonomi serta harapan […]

» Read more

RM218.05 Juta Perkasa Belia, Sukan dan Usahawan Johor – ADUN Serom

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Peruntukan sebanyak RM218.05 juta bagi portfolio Belia dan Sukan serta Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam Belanjawan Johor 2027 mencerminkan komitmen kerajaan negeri memperkasa golongan muda, membangunkan bakat sukan serta memperluas peluang keusahawanan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Nadhirah Afiqah Datuk Abdull Rahim berkata, beliau menyambut baik pembentangan Belanjawan Johor 2027 oleh Menteri Besar Johor, […]

» Read more

Kebajikan Pekebun Kecil Dan Kecemerlangan Pendidikan Terus Jadi Keutamaan

BENTONG, 20 Nov – Usaha meningkatkan taraf sosioekonomi pekebun kecil getah serta memperkukuh kecemerlangan pendidikan dalam kalangan generasi muda terus menjadi antara agenda penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat di daerah ini. Senator Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh berkata, pembangunan masyarakat luar bandar perlu dilaksanakan secara berterusan dengan memberi perhatian kepada keperluan rakyat, khususnya golongan pekebun kecil yang bergantung kepada sektor […]

» Read more

Jangan Perjudikan Institusi Raja Demi Agenda Politik – Haslinda

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Pendedahan dokumen minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan oleh bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, bukan isu remeh yang boleh dipandang ringan, sebaliknya menyentuh soal kedaulatan Perlembagaan, kerahsiaan dokumen rasmi serta kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Ketua Penerangan UMNO Wanita Negeri Johor, Haslinda Salleh menegaskan, institusi Raja Berperlembagaan tidak seharusnya dijadikan bahan polemik, apatah […]

» Read more

RM122 Juta Untuk Perumahan Kasih Johor 2027, Lebih 41,000 Rakyat Terima Manfaat

JOHOR BAHRU, 20 Nov – Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan sebanyak RM122 juta bagi meneruskan dan menambah baik inisiatif Perumahan Kasih Johor (PKJ) pada 2027, sekali gus memberi manfaat kepada lebih 41,000 rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, kesinambungan inisiatif itu membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam […]

» Read more
1 … 7 8 9 10 11 … 2,555