Santuni Rakyat Dengan Hati, Berbakti Dengan Ikhlas – Tuminah Kadi

PANTAI KUNDOR, 30 Okt – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi menzahirkan komitmen untuk terus mendekati masyarakat menerusi pendekatan kebajikan dan ziarah secara langsung bagi memahami keperluan serta kesulitan yang dihadapi penduduk setempat. Menurutnya, program Ziarah Kasih bersama Wanita DUN Pantai Kundor bukan sekadar kunjungan biasa, sebaliknya menjadi platform untuk bertanya khabar, […]

» Read more

PRN Melaka Ke-16 Bermula Esok Dengan Penamaan Calon, 28 Kerusi Jadi Rebutan

MELAKA, 30 Okt – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 membuka tirai esok dengan proses penamaan calon, sekali gus menandakan bermulanya persaingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tempoh berkempen selama 14 hari. Tumpuan terarah kepada 28 pusat penamaan calon di seluruh negeri apabila calon daripada parti yang bertanding bakal mengemukakan kertas pencalonan masing-masing bermula 9 hingga 10 […]

» Read more

50 Tahun Bursa Malaysia: Ruang Perkukuh Daya Saing Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Sambutan Ulang Tahun ke-50 Bursa Malaysia menjadi ruang untuk memperkukuh daya saing ekonomi negara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia memaklumkan beliau telah berkesempatan untuk menghadiri Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-50 Bursa Malaysia pada Khamis. “Malam tadi, saya […]

» Read more

Khidmat Berkesan Kunci Bina Semula Kepercayaan Rakyat – Norshida

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Khidmat berkesan kepada masyarakat menjadi asas penting dalam usaha Wanita UMNO membina semula kepercayaan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Naib Ketua Wanita UMNO Johor merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Segamat, Datuk Norshida Ibrahim berkata, hasrat untuk melihat Barisan Nasional (BN) kembali menerajui pentadbiran negara menuntut kesediaan parti menilai kelemahan, memperbaiki budaya politik dan […]

» Read more

PRN Melaka: ‘Utamakan Silaturahim, Hormati Perbezaan Politik’ – Abdul Hakim

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid menyeru semua pihak agar mengamalkan politik matang dan menolak budaya kebencian sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka berkata, ini kerana ia penting untuk mengutamakan keharmonian dan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat tanpa […]

» Read more

Johor Perkukuh Sektor Pelancongan, Sasar Tarikan Bertaraf Antarabangsa

JOHOR BAHRU, 30 Okt – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh sektor pelancongan menerusi pembangunan produk pelancongan berkualiti, peluasan promosi digital serta penambahbaikan kemudahan pengangkutan bagi menjadikan negeri itu destinasi pilihan pelancong antarabangsa. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkembangan positif sektor berkenaan membuktikan Johor mempunyai potensi besar untuk terus berkembang sebagai destinasi pelancongan utama, sekali gus membuka lebih […]

» Read more

Keutamaan Rakyat Dan Demokrasi Sentiasa Mendahului – Azalina

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Pemeteraian Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) di Parlimen Malaysia disifatkan sebagai manifestasi serta kematangan proses politik dan demokrasi berparlimen di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan, proses tersebut berlangsung mengikut kerangka sistem Parlimen yang sentiasa menjunjung Perlembagaan Persekutuan. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO […]

» Read more

Cadangan Kekalkan Petronas Dalam MotoGP Akan Dibincang – Ahmad Zahid

BANGI, 30 Okt – Cadangan untuk memastikan Petronas terus menjadi penaja utama MotoGP bagi tahun-tahun akan datang, akan dibincangkan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu, susulan pertemuannya dengan Pengarah Eksekutif MotoGP Carmelo Ezpeleta, yang berharap Petronas akan meneruskan penglibatan dalam […]

» Read more

Jentera BN Sabah Di Melaka, Terjemah Semangat Perjuangan

MELAKA, 29 Okt – Jentera Barisan Nasional (BN) Sabah turun ke Melaka bagi membantu gerak kerja pilihan raya serta memperkukuh usaha memastikan kejayaan calon-calon BN, berlandaskan semangat setiakawan dan komitmen perjuangan yang sama. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Samasuddin Yusop berkata, kehadiran jentera dari Sabah mencerminkan kesepaduan perjuangan BN dalam menggerakkan jentera parti serta mendekati rakyat secara lebih dekat […]

» Read more

PRN: Anak Tempatan Jadi Kelebihan Siti Aisyah Di Pengkalan Batu

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Calon Barisan Nasional (BN) Siti Aisyah Mahmood menyifatkan pencalonan beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, memberi kelebihan kepada beliau sebagai calon tempatan. Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya ini ini kerana DUN tersebut mempunyai nilai tersendiri buat dirinya kerana kawasan itu merupakan tempat beliau membesar dan membina kehidupan. […]

» Read more
1 … 10 11 12 13 14 … 2,516