‘Kestabilan Demi Kemakmuran’… BN Berpegang Janji Demi Kepentingan Rakyat – Shamsul Anuar

AYER KEROH, 21 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yakin bahawa Barisan Nasional (BN) akan berpegang kepada janji selepas menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, BN menggunakan pendekatan-pendekatan yang baharu dan rakyat mahukan perubahan, kestabilan serta melaksanakan tanggungjawab bagi membawa kemakmuran.

“Saya percaya BN akan memegang kepada janji sebagaimana disebut oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sudah tentu selepas ini BN mesti berkerja dengan bersungguh-sungguh untuk terus membela kepentingan rakyat dalam segala perkara kerana mandat yang diberikan oleh rakyat kepada semua calon-calon BN.

“Tumpuan diberikan adalah mengatasi segala masalah dan membawa negeri Melaka ke tahap yang lebih baik dan membela kebajikan rakyat. Ini sangat mencabar dengan norma baharu, kaedah baharu dan Barisan Nasional (BN) dapat melaksanakan dengan baik,” katanya Pengarah Komunikasi BN itu lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong menjelaskan bahawa kemenangan BN didokong oleh pelbagai pihak dan percaya selepas ini BN lakukan persiapan dalam PRU akan datang.

“Saya percaya persiapan lebih rapi dibuat dan rakyat akan melihat BN menunaikan janji-janji di Melaka. Apa saja yang dilakukan di negeri Melaka akan terkesan sokongan rakyat di PRU akan datang.

“Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada jentera parti di semua peringkat daripada seluruh negara dan bukan hanya rakan-rakan komponen BN serta mendapat sokongan kuat daripada ‘Friends of BN’, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan individu-individu tertentu,” ujarnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.