Wanita UMNO Ada Pendekatan Sendiri Dekati Pengundi

MELAKA, 17 Nov – Wanita UMNO mempunyai pendekatan sendiri dalam mendekati pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan tidak terikut-ikut dengan kaedah parti-parti lain. Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, pendekatan kempen wanita UMNO terbukti sejak parti ditubuhkan dan begitu juga apabila berhadapan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di dalam PRN Melaka ini. […]

» Read more

Jentera BN Tingkatkan Momentum Kempen, Pastikan Kemenangan Bukit Katil

BUKIT KATIL, 17 Nov – Tempoh berkempen yang berbaki dua hari bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil Datuk Hasnoor Sdg Hussin tekad akan meningkatkan lagi usaha terus merayu undi bagi mengundi Sabtu ini. Malah pada masa yang sama beliau berpuas hati melihat gerak kerja jentera BN bagi memastikan kemenangan […]

» Read more

Elak Tragedi ‘ADUN Lompat’, Melaka Perlu Pilih Kestabilan – Leong Hui Ying

KOTA MELAKA, 17 Nov – Kestabilan politik merupakan perkara utama kepada pembangunan negeri, kata calon Barisan Nasional (BN), Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Leong Hui Ying. Katanya, rakyat perlu membuat pilihan dengan mengundi BN bagi mengelakkan tragedi pertukaran kerajaan dan lompat parti berlaku dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berulang kembali. “Bagi saya sesebuah negeri itu sekiranya mahu dibangunkan […]

» Read more

Zaidi Attan Yakin Dapat Pertahankan Serkam

SERKAM, 17 Nov – Kempen Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) yang memasuki hari kesepuluh hari ini menunjukkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan yakin dapat mempertahankan kerusi DUN tersebut. “Selepas beberapa hari berkempen merasakan sangat berkeyakinan dan teruja untuk mendapat semula kerusi DUN Serkam ini kepada BN bagi meneruskan pentadbiran kerajaan BN di […]

» Read more

Berikan Sokongan, Dokongan Berterusan Kepada Calon BN – Ridhwan Ali

HANG TUAH JAYA, 17 Nov – Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Hang Tuah Jaya Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata berbaki tiga hari lagi jentera terus diperhebatkan. Beliau menyeru masyarakat Hang Tuah Jaya terus memberikan sokongan berterusan kepada calon BN di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut bagi memastikan kemajuan berterusan. “Saya mewakili rakan-rakan kepimpinan dan juga calon-calon […]

» Read more

Rakyat Rindui Zaman Pentadbiran BN – Along

MELAKA, 17 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan Fairul Nizam Roslan berkata warga Asahan yang ditemui rata-rata menzahirkan kerinduan pada zaman BN mentadbir dahulu. Katanya, ini berdasarkan pengakuan dan pengalaman rakyat ketika 22 bulan berada di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang amat memeritkan. “Benar, BN tidaklah sempurna… Ada kekurangan juga di sana-sini, namun […]

» Read more

Jadikan PRU-14 Pengajaran, Kestabilan Politik Penting Dalam Bangunkan Negara – Johari Ghani

JASIN, 17 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berharap rakyat di Melaka mengambil pengajaran daripada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Katanya ini kerana, kesan tersebut memberi impak sehingga ke hari ini apabila berlaku pertukaran kerajaan dalam pada masa yang singkat. “Macam Barisan Nasional (BN) lebih 60 tahun kita mentadbir negara, ada track record […]

» Read more

Melaka Maju 2010 Hasil Kesungguhan BN, Kredibiliti Pentadbiran Terbukti – Dira

JASIN, 17 Nov – Calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berharap pengundi mengimbau kembali kejayaan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) dalam melakukan tadbir urus negara khususnya di negeri ini. Katanya, berdasarkan pengalaman serta kredibiliti yang dimiliki kepimpinan, Melaka berjaya mencapai negeri maju pada tahun 2010 yang mencatatkan antara negeri terawal meraih status tersebut. “Pencapaian BN […]

» Read more

Cukuplah Sekali … Pilih BN Semula – Puad

KUALA LUMPUR, 17 Nov – “Cukuplah sekali. Pilih Semula Barisan Nasional (BN).” Demikian tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung situasi semasa dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini. “Ini ‘war cry’ paling popular di PRN Melaka. Tepat sekali. ‘Cukuplah sekali’ kepada Pakatan Harapan (PH), cukuplah sekali kepada PPBM dan cukuplah sekali […]

» Read more

Sama ‘Berkampung’… Kestabilan Demi Kemakmuran Untuk Rakyat Melaka – Zaidi

MASJID TANAH, 17 Nov – Pemuda UMNO Negeri Sembilan yang berkampung sejak dari awal kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning bersama dengan jentera tempatan lain yakin dan percaya segala usaha mereka akan membuahkan hasil pada 20 Nov ini. Menurut Ketua Pemudanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Jempol, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir biarpun terdapat […]

» Read more
1 … 8 9 10 11 12 … 34