Cukuplah Sekali … Pilih BN Semula – Puad

KUALA LUMPUR, 17 Nov – “Cukuplah sekali. Pilih Semula Barisan Nasional (BN).”

Demikian tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung situasi semasa dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

“Ini ‘war cry’ paling popular di PRN Melaka. Tepat sekali. ‘Cukuplah sekali’ kepada Pakatan Harapan (PH), cukuplah sekali kepada PPBM dan cukuplah sekali kepada Muhyiddin.

“Bagi pada PH, rupanya janji dicapati. Mujur PH tumbang selepas 22 bulan. Bagi pada Abah Muhyiddin, ekonomi makin tenat. Kerajaan Gagal. Mujur tumbang selepas 17 bulan. Cukuplah sekali. Pilih semula BN,” ujarnya menerusi catatan di Facebooknya, hari ini.

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.