Zaidi Attan Yakin Dapat Pertahankan Serkam

SERKAM, 17 Nov – Kempen Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) yang memasuki hari kesepuluh hari ini menunjukkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan yakin dapat mempertahankan kerusi DUN tersebut.

“Selepas beberapa hari berkempen merasakan sangat berkeyakinan dan teruja untuk mendapat semula kerusi DUN Serkam ini kepada BN bagi meneruskan pentadbiran kerajaan BN di Melaka.

“Insya-Allah segala perancangan yang telah nyatakan dalam manifesto akan bersambung sebaik saja selepas siri angkat sumpah nanti,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Justeru itu Zaidi menyeru semua warga Melaka bersama-sama untuk memastikan kerajaan yang stabil perlu dibentuk dengan kadar segera bagi menjamin masa depan anak-anak agar terjamin pada masa hadapan.

Dalam pada itu, tambah Zaidi sekiranya diberi mandat sekali lagi hasrat yang paling utama adalah membina masjid di Serkam Darat dan Kampung Bukit Tembakau.

“Sekiranya BN menang di Melaka perancangan utama adalah membina sebuah Masjid Serkam Darat dan Masjid Kampung Bukit Tembakau, sekarang ini dalam proses dokumentasi untuk ditender sebanyak RM3 juta.

“Pada minggu lalu telah berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memohon peruntukan tambahan sebanyak RM 2 juta lagi ke setiap masjid. Peruntukan keseluruhan dijangkakan RM5 juta bagi Masjid Kampung Tembakau dan RM5. 2 juta bagi Masjid Kampung Serkam Darat.

“Ianya memastikan hajat kedua-dua masyarakat kampung ini yang telah menunggu lama untuk mendapatkan masjid yang baru akan tercapai… insya-Allah,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.