AG Perlu Bertindak Adil, Bebas Tanpa Dipengaruhi Kepentingan Politik – Sollehin

LENDU, 8 Nov – Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Mohammad Sollehin Mohd Tajie menegaskan Peguam Negara (AG) perlu melaksanakan tanggungjawab secara adil, bebas dan profesional tanpa dipengaruhi kepentingan atau percaturan politik mana-mana pihak. Menurutnya, Peguam Negara tidak seharusnya menjadi alat atau ‘trojan horse’ kepada mana-mana pihak, sebaliknya perlu bertindak berlandaskan prinsip undang-undang serta menjunjung keputusan institusi tertinggi negara. “AG harus bertindak […]

» Read more

Pendedahan Pentadbiran Negeri Jadi Kelebihan Abdul Hakim – Sulaiman

LENDU, 8 Nov – Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid sebagai antara pelapis yang telah diberikan pendedahan serta bimbingan mencukupi untuk menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu berkata, Abdul Hakim bukanlah individu […]

» Read more

‘Calon BN Miliki Kaliber, Kemampuan Tersendiri’

HANG TUAH JAYA, 8 Nov – Ketua Penerangan MUBARAK Malaysia, Datuk Dr Norsabrina Mohd Noor, berpandangan Barisan Nasional (BN) mengetengahkan gabungan kepimpinan berpengalaman dan muka baharu yang keupayaan tersendiri bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan di Melaka. Beliau berkata calon muda yang dipilih juga bukan sekadar mengisi ruang kepimpinan baharu, sebaliknya mempunyai kelayakan akademik dan pengalaman kerjaya yang membuktikan kemampuan masing-masing. “Sebagai […]

» Read more

Titah Pengampunan: Onn Hafiz Ajak Kepimpinan Johor Buat Laporan Polis

SERKAM, 8 Nov – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengajak seluruh kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor membuat laporan polis berhubung kenyataan Peguam Negara berkaitan isu titah pengampunan. Beliau menyifatkan kenyataan yang dibuat Peguam Negara itu sebagai satu penderhakaan kerana titah yang telah diputuskan tidak dipatuhi. “Bila saya melihat kenyataan yang dibuat oleh AG semalam, saya anggap […]

» Read more

Ribuan Rakyat Hadiri Program Santai Orang Melaka

MELAKA, 8 Nov – Ribuan rakyat membanjiri Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini malam tadi bagi mengikuti program Santai Orang Melaka. Ini termasuklah ceramah dari pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI. Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden. Terdahulu, kedua-dua pemimpin berkenaan turut menyertai […]

» Read more

Manifesto BN-PN Realistik, Kesinambungan Pembangunan Melaka

MELAKA, 7 Nov – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menyambut baik manifesto Barisan Nasional (BN)-Perikatan Nasional (PN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang disifatkan sebagai satu tawaran berpaksi kepada realiti, keperluan rakyat serta kemampuan untuk dilaksanakan sekiranya diberikan mandat. Menurut beliau, manifesto yang baik bukan sekadar mengandungi janji-janji besar untuk menarik perhatian pengundi, sebaliknya […]

» Read more

PRN Melaka: Jangan Leka, Terus Perhebat Gerak Kerja – Shamsul Anuar

TANGGA BATU, 7 Nov – Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) supaya terus melipatgandakan usaha bagi memastikan sasaran kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dapat dicapai. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata meskipun gerak kerja jentera parti berjalan dengan baik dan menerima respons daripada rakyat, usaha berkempen perlu diteruskan sehingga hari pengundian. “Tempoh kempen […]

» Read more

BN-PN Masuki Fasa Kedua, Kerjasama Strategik Terus Diperkukuh – Mahdzir Khalid

TANGGA BATU, 7 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) kini memasuki fasa kedua dengan usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua parti terus dipergiatkan. Menurut beliau, kerjasama berkenaan merupakan satu pendekatan baharu bersama rakan strategik baharu yang memperlihatkan perkembangan positif menerusi penyelarasan gerak kerja serta sokongan […]

» Read more

Fikirkan Generasi Akan Datang Sebelum Buat Pilihan – Abdul Rahman

TELOK MAS, 7 Nov – Rakyat perlu menjadikan masa depan negara dan generasi akan datang sebagai pertimbangan utama ketika membuat keputusan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan. Beliau berkata, rakyat juga perlu melihat kepentingan pembentukan gabungan politik sebelum pilihan raya bagi mengelakkan ketidaktentuan selepas keputusan pilihan raya. Abdul […]

» Read more

PRN Melaka: Siap Sedia Hadapi Tohmahan, Pengundi Nilai Prestasi – Hj Md Israk

MERLIMAU, 7 Nov – Jentera Barisan Nasional (BN) perlu bersedia menghadapi pelbagai isu, tohmahan dan dakwaan yang mungkin dibangkitkan pihak lawan sepanjang baki tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup Haji Md Israk bin Abdullah berkata, perkara sedemikian lazim berlaku ketika musim pilihan raya, justeru pengundi perlu […]

» Read more
1 … 12 13 14 15 16 … 32