PRN Johor Cerminan PRU-15, Gambaran Komitmen, Iltizam BN – Zahid

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata apapun keputusan yang dicapai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung hari ini adalah cerminan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang. Mudah-mudahan katanya, keputusan PRN ini akan memberikan gambaran kepada komitemen dan iltizam seluruh jentera, para pemimpin dan ahli-ahli UMNO di […]

» Read more

Pusat Mengundi Ditutup, Proses Kira Undi Bermula

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang bermula 8 pagi tadi, tamat selepas 1,021 pusat mengundi ditutup sepenuhnya pada 6 petang ini. Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi dari 4,638 saluran dibawa ke 56 pusat penjumlahan undi sebelum keputusan rasmi PRN Johor diumumkan malam ini. Pada 8 Mac, sebanyak 36,729 kertas undi […]

» Read more

Mengundi Saat Akhir, Warga Pulai Laksana Kewajipan

PULAI, 12 Mac – Menjelang penutupan pusat pengundian pada jam 6 petang, masih ada dalam kalangan warga Pulai mengambil kesempatan menunaikan tanggungjawab melakukan undian. Tinjauan UMNO Online di Dewan Hassan Abdullah, di sini mendapati segelintir daripada mereka lebih selesa untuk melakukan proses pengundian pada saat akhir. Meskipun cuaca terik namun ianya tidak menghalang mereka daripada memilih calon bagi menjadi wakil […]

» Read more

Bertugas Di KL, Mengundi Di Johor: Staf Ibu Pejabat UMNO Malaysia Tunai Tanggungjawab

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Walaupun bertugas di Ibu Pejabat UMNO Malaysia di ibu negara Kuala Lumpur, beberapa pegawai dan kakitangan yang berasal dari negeri Johor tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada hari ini. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian menjadi orang yang pertama mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) […]

» Read more

Jangan Tunggu Saat Akhir, Tunaikan Tanggungjawab Kita – Calon BN Bkt Naning

MUAR, 12 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning Datuk Hj Mohd Fuad Tukirin berharap para pengundi dapat keluar awal menunaikan tanggungjwab masing-masing sebelum pusat pengundian ditutup. Beliau yang membuang undi bersama isterinya di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Hitam di sini seterusnya menambah dalam cuaca baik mereka yang layak mengundi diharap tidak menunggu saat-saat akhir […]

» Read more

Hari Mengundi, Rakyat Tunai Tanggungjawab Pilih Kerajaan Baharu

BATU PAHAT, 12 Mac – Hari ini bermulanya rakyat negeri Johor mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memilih kerajaan negeri baharu. Sebanyak 1,021 pusat mengundi dibuka bermula 8 pagi, bagi membolehkan 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar yang layak mengundi dan menunaikan tanggungjawab mereka. Berdasarkan tinjauan UMNO Online di Sekolah Menengah […]

» Read more

Cuaca Baik, Pengundi Ambil Peluang Keluar Mengundi

PAGOH, 12 Mac – Cuaca baik dan redup sehingga tengah hari tadi di Bukit Pasir, di sini membolehkan pengundi keluar dengan selesa menunaikan tanggungjawab masing-masing. Tinjauan UMNO-Online di salah satu pusat pengundian Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Maahad Tahfiz Al Quran Al Muttaqin, mendapati suasana terkawal walaupun jumlah kehadiran pengundi dilihat meningkat. Para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat […]

» Read more

Pengundi Muda Teruja, Luah Syukur Jalankan Tanggungjawab

PASIR GUDANG, 12 Mac – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan pertama kali pengundi berusia 18,19 dan 20 tahun diberikan hak untuk terlibat dalam sistem demokrasi negara. Pemerhatian UMNO Online di Sekolah Kebangsaan Taman Molek menyaksikan pengundi muda telah mula menghadirkan diri untuk melakukan proses pengundian seawal jam 8.30 pagi tadi. Bagi Nur Hazwani Zainudin, 20 yang keluar undi di […]

» Read more

Baharudin Calon DUN Permas Selesai Buang Undi

PASIR GUDANG, 12 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas, Baharudin Mohamed Taib selesai menunaikan undi sekitar jam 12.30 tengah hari tadi. Beliau yang memakai baju kemeja putih hadir berseorangan di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melor, di sini. Baharudin ketika ditemui UMNO Online meluahkan perasannya bercampur baur pada mulanya namun sedikit lega […]

» Read more

Pengundi Patuh SOP, Proses Pengundian Berjalan Lancar

PASIR GUDANG, 12 Mac– Proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Molek di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya menyaksikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Sebilangan pengundi juga ditemani oleh ahli keluarga yang menunggu di bahagian luar sekolah. Disebabkan tidak berlaku kesesakan mereka juga diberi peluang untuk meletakkan kenderaan di bahagian tepi bahu jalan. Pilihan raya ini […]

» Read more
1 2 3 4 41