Pengundi Patuh SOP, Proses Pengundian Berjalan Lancar

PASIR GUDANG, 12 Mac– Proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Molek di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya menyaksikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Sebilangan pengundi juga ditemani oleh ahli keluarga yang menunggu di bahagian luar sekolah.

Disebabkan tidak berlaku kesesakan mereka juga diberi peluang untuk meletakkan kenderaan di bahagian tepi bahu jalan.

Pilihan raya ini diadakan selepas kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian pada 21 Disember lalu dan ianya sekaligus menyebabkan kedudukan kerajaan negeri Johor dilihat tidak kukuh kerana hanya mempunyai majoriti satu kerusi iaitu 28 kerusi berbanding 27 kerusi pembangkang di DUN.

Difahamkan calon Barisan Nasional bagi DUN Permas, Baharudin Mohamed Taib akan melakukan proses pengundian pada jam 12 tengah hari di sini. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.