Cuaca Baik, Pengundi Ambil Peluang Keluar Mengundi

PAGOH, 12 Mac – Cuaca baik dan redup sehingga tengah hari tadi di Bukit Pasir, di sini membolehkan pengundi keluar dengan selesa menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Tinjauan UMNO-Online di salah satu pusat pengundian Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Maahad Tahfiz Al Quran Al Muttaqin, mendapati suasana terkawal walaupun jumlah kehadiran pengundi dilihat meningkat.

Para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat memeriksa status Mysejahtera masing-masing sebelum diberikan arahan selanjutnya sebelum masing-masing masuk ke bilik mengundi.

Suasana yang sama dapat dilihat di salah satu lagi pusat pengundian DUN Bukit Pasir, Sek Keb Sg Raya yang menyaksikan pengundi mengambil kesempatan dalam keadaan cuaca baik dengan keluar awal membuang undi.

Lokasi pusat pengundian yang berada di tepi jalan besar menyebabkan berlaku sedikit kesesakan namun kehadiran pihak polis membantu melancarkan aliran trafik.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.