Mengundi Saat Akhir, Warga Pulai Laksana Kewajipan

PULAI, 12 Mac – Menjelang penutupan pusat pengundian pada jam 6 petang, masih ada dalam kalangan warga Pulai mengambil kesempatan menunaikan tanggungjawab melakukan undian.

Tinjauan UMNO Online di Dewan Hassan Abdullah, di sini mendapati segelintir daripada mereka lebih selesa untuk melakukan proses pengundian pada saat akhir.

Meskipun cuaca terik namun ianya tidak menghalang mereka daripada memilih calon bagi menjadi wakil kepada mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Bagi proses pengundian hari ini, pusat mengundi yang mempunyai satu atau dua saluran akan ditutup lebih awal seperti yang diwartakan iaitu Balai Raya Pulau Besar di Mersing ditutup pada 11 pagi, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pemanggil, Mersing pada 1 tengah hari.

Sebanyak 15 pusat mengundi pula akan ditutup pada 2 petang, manakala 41 pusat mengundi ditutup pada 4 petang. Pusat-pusat mengundi lain akan ditutup pada 6 petang. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.