UMNO Bertanggungjawab Pulihkan Semula Sokongan Orang Melayu – Noor Azleen

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Setelah menghadapi beberapa siri episod penolakan rakyat, UMNO perlu bertanggungjawab untuk memulihkan semula sokongan orang Melayu terhadap parti terutamanya dalam menuju ke Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros berkata, punca kejatuhan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada beberapa siri PRU lepas adalah disebabkan […]

» Read more

Kerajaan Perlu Iktiraf Peranan Wanita Suri Rumah, Beri Gaji Bawah Pendapatan Asas

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Pembahas dari Melaka, Datuk Kalsom Nordin menyeru kerajaan untuk memperkenalkan gaji untuk para ibu yang menjadi suri rumah di bawah pendapatan asas universal. Jelas beliau, kerajaan perlu mengiktiraf peranan ibu yang menjadi suri rumah, menjaga rumah tangga dan membesarkan anak-anak sebagai sumbangan kepada masyarakat daripada aspek sosial dan ekonomi. “Oleh itu, mereka wajar diberikan gaji […]

» Read more

UMNO Utamakan Agama, Pendidikan Dan Ekonomi. – Afiq Najmuddin

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Wakil Kelab UMNO Luar Negara (KULN), Afiq Najmuddin Zul Majid berkata UMNO sememangnya sebuah parti keramat yang mempertahankan hak-hak orang Melayu dan termaktub dalam perlembagaannya. Menurutnya berdasarkan sebagai intipati dalam ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat jelas terbukti parti ini memperjuangkan agama, memberikan pendidikan dan sebagainya. “UMNO sebagai parti […]

» Read more

UMNO Terengganu Berharap Tabika Tahfiz Jadi Pilihan Pertama Rakyat – Pehimi

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Pembahas Terengganu Datuk Muhammad Pehimi Yusof menzahirkan penghargaan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas hasrat mewujudkan pra tahfiz Taman Bimbingan Kanak- kanak (Tabika) Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS). Menurutnya inisiatif ini bermakna kerana ianya bakal melahirkan hufaz cilik di seluruh negara di usia lima hingga enam tahun. “Alhamdulillah dan terima kasih dalam […]

» Read more

Persidangan Pemuda Dihadiri 80% Muka Baharu, Bawa Idea Segar Implikasi ‘Rumah Kita Cara Kita’

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Perhimpunan Agung Pemuda UMNO yang berlangsung pada Khamis lalu menyaksikan sebanyak 80 peratus kehadiran muka baharu pada persidangan tersebut. Ketuanya, Dr Mohamad Akmal Saleh berkata kehadiran mereka yang membawa kesegaran baharu kepada sayap parti ini bertepatan dengan tema ‘Rumah Kita Cara Kita’ pada persidangan tersebut. “PAU (Perhimpunan Agung) Pemuda ada 1,160 perwakilan yang hadir pada […]

» Read more

PAU2023: Pembahas Kedah Gamatkan Suasana Buat Para Perwakilan Tidak Kering Gusi

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang bertindak selaku pembahas wakil negeri Kedah telah menggamatkan suasana Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) ketika sesi perbahasan semalam sehingga para perwakilan tidak kering gusi. Ketika sesi perbahasan tersebut berlangsung, suasana turut dimeriahkan dengan Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruddin Amiruddin yang ‘mengacau’ pembahas untuk menyelesaikan […]

» Read more

PAU 2023 Berakhir Dalam Suasana Harmoni, Simbolik Penyatuan Pemerkasaan Parti

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang berakhir semalam, menyaksikan perjalanannya berlangsung lancar sebagai simbolik penyatuan dalam kalangan ahli parti. Persidangan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur menyaksikan kehadiran perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara bermula pada Rabu. Ianya menyaksikan perasmian serentak Perhimpunan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia oleh Timbalan […]

» Read more

Perhimpunan Agung UMNO 2023 Diharap Suntik Semangat Perjuangan Baharu Perwakilan – Presiden

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang berakhir hari ini dapat menyuntik semangat baharu kepada perwakilan dan ahli parti itu dalam perjuangan membangun negara bangsa yang berjaya. Timbalan Perdana Menteri itu dalam hantaran di laman Twitternya turut menzahirkan perasaan gembira beliau kerana perwakilan dapat berbincang dengan hati yang […]

» Read more

Ini UMNO… Rumah Kita, Keluarga Kita, Biarlah Kita Bercakap – Azalina

KUALA LUMPUR, 11 Jun – “Kadang-kadang kita nak bercakap tentang keluarga kita, rumah kita, orang kita, parti kita jadi biarlah kita bercakap.” Demikian tegas Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said ketika memberikan pandangan berkaitan program UMNO yang ada antaranya dilakukan secara tertutup khas untuk ahli-ahli UMNO sahaja. “Kita bercakap secara naratif umum pun tak boleh, pun nak dikawal, […]

» Read more

PRN: BN Bakal Peroleh Lebih Kerusi Di Enam Negeri – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya Barisan Nasional (BN) akan memperoleh lebih kerusi di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata agihan kerusi yang akan dimuktamadkan dalam masa terdekat itu akan menyaksikan peningkatan berbanding semasa ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU). […]

» Read more
1 2 3 4 5 6 16