PAU 2023 Berakhir Dalam Suasana Harmoni, Simbolik Penyatuan Pemerkasaan Parti

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang berakhir semalam, menyaksikan perjalanannya berlangsung lancar sebagai simbolik penyatuan dalam kalangan ahli parti.

Persidangan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur menyaksikan kehadiran perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara bermula pada Rabu.

Ianya menyaksikan perasmian serentak Perhimpunan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Keesokannya, para pembahas Wanita dan sayap-sayap mengambil tempat dalam membawa usul-usul bagi mengangkat peranan mereka untuk memperkasa parti keramat ini.

Kemuncaknya, PAU 2023 membuka tirai secara rasmi pada Jumaat dengan upacara menaikkan bendera ‘Sang Saka Bangsa’ di Plaza Merdeka, sebelum Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil tempat bagi menyampaikan ucapan Dasar Presiden.

Kemudiaannya, para perwakilan mengikut negeri secara bergilir menyampaikan perbahasan dan berakhir pada petang tadi

Pelbagai lontaran pandangan diberikan oleh para pembahas yang mewakili negeri masing-masing sebagai memperkukuh parti terutama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sementara itu tinjauan UMNO Online mendapati tata-rata daripada perwakilan yang hadir meluahkan kesyukuran mereka dengan gambaran jelas ditunjukkan Presiden pada ucapan penggulungan terutama membabitkan hala tuju parti dalam kerjasama Kerajaan Perpaduan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.