UMNO Mesti Kekal Relevan Perjuang Nasib Rakyat

ALOR SETAR, 22 Mac – Perhimpunan Agung UMNO kali ini diharapkan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa UMNO adalah satu-satunya parti yang memperjuangkan nasib rakyat, kata Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff. Katanya, rakyat sudah melihat cara dan pendekatan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH)dan Perikatan Nasional (PN) menerajui negara, namun yang terbaik tentunya BN. “Rakyat dah tengok […]

» Read more

PAU 2020: Ketetapan Demi Masa Hadapan, Bakal Perkukuh UMNO – Mohd Zaidi

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang bakal berlangsung hujung minggu ini bukan hanya dinantikan oleh ahli parti namun turut menarik minat pihak lain termasuklah parti-parti politik tempatan juga, ujar Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said. Kata beliau, ini kerana perhimpunan kali ini akan menyaksikan hala tuju perjuangan UMNO terutama bagi mendepani Pilihan […]

» Read more

PAU 2020: Perwakilan Perlu Dapatkan Kebenaran Rentas Negeri – Ismail Sabri

IPOH, 21 Mac- Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengharapkan agar ketua-ketua UMNO bahagian dapat mengikuti SOP (Prosedur Operasi Standard) yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam urusan kehadiran ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan dilaksanakan pada 27 dan 28 Mac ini. Katanya, setiap ketua bahagian haruslah memaklumkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendapatkan kebenaran merentas […]

» Read more

PAU 2020: Kesetiaan Ahli Parti Kunci Kemenangan PRU15

ALOR SETAR, 21 Mac – Ketua Wanita UMNO Negeri Kedah, Datuk Sharifah Maznah Syed Kassim berpendapat Perhimpunan Agung 2020 kali ini sebagai simbolik kepada kesetiaan ahli parti kepada UMNO. Katanya, ini kerana kesetiaan itu elemen yang paling penting untuk memastikan UMNO kekal relevan apatah lagi menjelang ketibaan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) yang bakal dilaksanakan pada bila-bila masa. “Kita […]

» Read more

Bahang Perhimpunan Agung UMNO 2020 ‘New Normal’ Mula Dirasai

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Menjelang seminggu sahaja lagi Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang bakal berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini, bahangnya mula dirasai biarpun perhimpunan berkenaan diadakan secara norma baharu iaitu secara bersemuka dan maya di seluruh negara ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara. Bagi kakitangan UMNO, Datuk Shahrul Azuwar Abdul Aziz,  sudah pasti perhimpunan pada […]

» Read more

Patuhi SOP Jayakan Perhimpunan Agung UMNO 2020 – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berharap mereka yang berada pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 dapat mematuhi segala peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melicinkan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada 27 dan 28 Mac ini. Menurut beliau dalam sejarah 75 tahun penubuhan parti […]

» Read more

Raptai Perhimpunan Agung UMNO 2020 Dalam Norma Baharu, Patuhi SOP

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Raptai penuh perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) melakar sejarah tersendiri apabila ia diadakan dengan amalan norma baharu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan. Jika sambutan sebelum ini, dimeriahkan dengan pemeriksaan perbarisan dan iringan kompang menyambut kedatangan Presiden, […]

» Read more

PAU 2020: Alhamdulillah… UMNO Komited Laksanakan Tanggungjawab Parti – Khaled  

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin melahirkan rasa syukur apabila UMNO dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan mengadakan Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Mac ini. Menurut beliau walaupun berdepan dengan pandemik COVID-19, UMNO menyesuaikan keadaan tersebut dengan perhimpunan normal baharu sekaligus mencerminkan komitmen parti berkenaan menjaykan perhimpunan tahunannya. “Saya ingin […]

» Read more

COVID-19, Darurat Tak Luntur Semangat PAU 2020 Biarpun Secara Maya – Jamil Khir

ALOR SETAR, 19 Mac – Perhimpunan Agung UMNO yang bakal dilaksanakan pada 27 dan 28 Mac ini akan menyaksikan penganjurannya berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana diadakan ketika negara berhadapan dengan penularan COVID-19 dan darurat. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, walaupun sedikit kelainan namun ianya tidak mematahkan semangat dan tanggungjawab UMNO bagi merealisasikan perhimpunan […]

» Read more

Ahli UMNO, Pimpinan Bahagian Tulang Belakang Kekuatan Parti – Tajuddin Rahman

IPOH, 19 Mac – Ahli-ahli UMNO terutama pimpinan di peringkat bahagian disifatkan sebagai barisan hadapan parti terutama sebagai persiapan untuk mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. Ujarnya, para pimpinan yang hadir mengikuti Perhimpunan Agung UMNO, terutama di UMNO bahagian seluruh negara wajar mengambil kira perbahasan kali ini sebagai medan […]

» Read more
1 9 10 11 12 13 14