Tak Perlu Ragu, Utamakan Kepentingan Parti Dalam Apa Jua Keadaan – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata selaku MKT, Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Lipis serta Timbalan Menteri Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, beliau memberi komitmen akan mengutamakan keputusan parti dalam apa jua keadaan.

“Demi rakyat dan parti, saya akan terus menggalas arahan parti di batu jemala ini.

“Percayalah jika kuatnya UMNO pasti kuatlah kita, jika hebat UMNO pasti berjayalah kita, maka yakinlah dengan mata hati kerana setiap tindakan sudah diperhalusi.

“Tak perlu kita pertikai dan ragu. Kita beri kepercayaan sepenuh hati kepada pucuk pimpinan parti,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, selagi hayat dikandung badan, UMNO diperkukuhkan, Melayu dan Bumiputera dipertahankan, agama Islam dimuliakan dan Malaysia dimakmurkan.

“Maju UMNO, maju Melayu, maju Bumiputera. Semoga PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) akan datang memberi sinar paling bahagia untuk parti keramat bernama UMNO ini, insya-Allah,” katanya.

Abdul Rahman juga mengucapkan penuh kesyukuran tirai Perhimpunan Agung UMNO 2020 ditutup dengan penuh semangat dan bersatu hati dengan hala tuju yang disepakati bersama.

“Kita lihat masa lampau dengan penuh kesyukuran dan memandang masa depan dengan penuh keyakinan. Inilah hasil perjuangan parti keramat, parti UMNO kita.

“Ucapan penggulungan Presiden UMNO yang singkat dan padat, tersemat dengan roh perjuangan yang mendalam.

“Dengan setia kita bersatu hati. Jiwa kita tetap pada perjuangan UMNO dan ia pasti akan terus berpadu. Tidak sesekali kepentingan peribadi melebihi kepentingan perjuangan mulia ini,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.