PAU 2020: UMNO Perlu Kekal Juara… Tonggak Orang Melayu – Ismail Sabri

ALOR SETAR , 15 Mac – Perhimpunan Agung UMNO kali ini bakal menyaksikan ketetapan dan kesiapsiagaan jentera yang menjadi antara agenda penting untuk dibahaskan sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Jelasnya, persiapan ke arah PRU-15 ini penting bagi memastikan UMNO kekal dominan dalam memperjuangkan nasib rakyat. “Saya harap […]

» Read more

Kuatkan Parti UMNO, Terus Yakinkan Rakyat – Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 adalah sangat penting kerana pertama kalinya melibatkan beberapa penangguhan, ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Katanya, beliau berharap ia dapat menumpukan perhatian di dalam memperkukukan parti dan seterusnya mampu meyakinkan rakyat akan kelebihan yang ada pada UMNO. Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu […]

» Read more

Perhimpunan Agung Secara Maya Bukan Penghalang Capai Objektif

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Perhimpunan Agung 2020 kali ini yang diadakan secara maya tidak akan menghalang penganjurannya daripada mencapai objektif parti terutama berkenaan usul-usul perbahasan yang akan dibentangkan. Bagi Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Johor, Azmir Zainal Abidin, beliau berkata walaupun penganjuran tahun ini berbeza berbanding sebelumnya namun ianya tidak akan mematahkan semangat ahli parti untuk terus menyokong agenda yang […]

» Read more

Kestabilan Politik, Hala Tuju Antara Agenda Penting PAU 2020

SEREMBAN, 14 Mac – Ketetapan dan kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), merupakan antara agenda penting semua ahli UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020, yang diadakan penghujung bulan ini. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ahli parti dan rakyat juga mahu mengetahui tentang hala tuju parti bagi menghadapi PRU15 itu nanti. […]

» Read more

Perhimpunan Agung UMNO Normal Baharu Bukan Penghalang Suntik Semangat – Khairi

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan pada hujung bulan Mac ini walaupun secara normal baharu ianya bukanlah penghalang malah sebenarnya dapat menyuntik semangat yang cukup tinggi kepada ahli parti di seluruh negara dalam senario pilitik semasa. Ketua UMNO Iskandar Puteri Mohamad Khairi A. Malik berkata semangat yang tinggi di kalangan ahli parti sememangnya tidak dapat […]

» Read more

Berhimpun Secara Maya Seluruh Negara… PAU 2020 Catat Sejarah Tersendiri – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini mencatatkan sejarahnya yang tersendiri, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Menurutnya, ini kerana buat pertama kalinya perhimpunan ini berlangsung secara maya dan bersemuka. “Ini kali pertama dalam sejarah UMNO kita akan mengadakan kombinasi bersemuka dan juga secara maya,” katanya ketika ditemui semasa melakukan tinjauan persiapan perhimpunan agung […]

» Read more

PAU 2020: Persiapan Berjalan Lancar, SOP Diutamakan – S/U Agung

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini berkesempatan meninjau persiapan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini. Beliau meluahkan kesyukuran persediaan perhimpunan agung kali ini berjalan lancar seperti yang dijadualkan. “Kita sedang membuat rehearsal Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan segalanya berjalan lancar. “Kita harap kemeriahannya dirasai walaupun […]

» Read more

PAU 2020: Senjata Penyatuan UMNO Menuju PRU15 – Wan Agyl

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Wan Agyl Wan Hassan mengharapkan Perhimpunan Agung UMNO kali ini membawa naratif baharu kepada parti sebagai persiapan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Jelasnya lagi, persiapan tersebut termasuklah strategi-strategi tertentu untuk memastikan UMNO kekal menjadi satu-satunya sandaran rakyat. “Sekiranya kita tidak bersatu hati dan tidak menggembeleng tenaga secara bersama-sama […]

» Read more

Penganjuran Di Bahagian Eratkan Penyatuan Ahli Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Secara lazimnya Perhimpunan Agung UMNO diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala lumpur disambut dengan penuh kemeriahan, namun kali ini penganjurannya berbeza akibat penularan pandemik COVID-19. Bagi Exco Pergerakan Puteri UMNO, Fadwah Anuwar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengekang wabak ini tidak akan menghalang untuk ahli parti menyemarakkan semangat sempena perhimpunan agung kali […]

» Read more

PAU 2020 Bawa Agenda Perjuangan Baharu Demi Kebajikan Rakyat

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Hafeez Che Mat berharap Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) kali ini membawa agenda pembaharuan kepada parti untuk kekal relevan mendepani senario politik baharu. Katanya, usul-usul yang dibentangkan nanti diharap dapat membawakan nafas baharu bagi menaikkan semangat ahli dan pemimpin dalam mempersiapkan jentera parti sebagai persiapan bagi menghadapi Pilihan […]

» Read more
1 11 12 13 14