Terus Pelihara Solidariti, Semangat Muafakat Yang Telah Terbina BN – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berharap semua pihak untuk terus memelihara solidariti dan semangat muafakat yang telah lama terbina dalam BN. Katanya, ini penting bagi memastikan kesejahteraan dan kerukunan serta toleransi di kalangan parti-parti anggota dan parti-parti bergabung BN. “Ibu pejabat BN mengambil maklum tentang beberapa kenyataan media yang […]

» Read more

Gesa Zahid Berundur, MCA Perlu Cermin Diri: Bung Moktar

Kuala Lumpur, 23 Nov – Gesaan MCA yang mahu Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya berundur adalah kenyataan tidak berasas dan tidak cermin diri sendiri. Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sebaliknya MCA perlu bertanyakan diri sendiri bagaimana hanya boleh menang dua daripada puluhan kerusi yang dipertandingkan dalam PRU-15 lalu. Jelasnya, adalah tidak […]

» Read more

Kepimpinan Parti Akan Buat Keputusan Sebaiknya, Rakyat Mahu Kerajaan Segera – Isham

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil berpandangan bahawa keputusan sebaiknya akan dilakukan oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) bagi membuat penilaian berkenaan penentuan pembentukan kerajaan. Bagaimanapun katanya, keputusan BN sebagai pembangkang masih kekal sebagaimana telah diputuskan sebelum ini. “Kita di dalam situasi ditelan mati mak diluah mati bapa tapi apabila sudah sampai masa terpaksa buat […]

» Read more

Pasca PRU15: Perpaduan Pemangkin Utama Pembangunan Negara – Syed Mohd Johan

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Perpaduan adalah pemangkin utama kepada pembangunan negara dan sebarang prinsip ekstrim perlu dilontar jauh bagi membentuk sebuah kerajaan yang stabil. Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 menyaksikan Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil khususnya dalam berhadapan krisis ekonomi yang dijangka akan berlaku tidak […]

» Read more

Calon Perdana Menteri PN Biadap, Penuh Dengan Kesombongan – Hariri

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Pemuda UMNO Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor berkata meneliti sidang media Tan Sri Mahiaddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) semalam telah memberi gambaran sebenar kepada rakyat bahawa calon Perdana Menteri daripada PN ini seorang yang angkuh dan sombong. Ini kerana katanya, terang-terangan Tan Sri Mahiaddin Yassin menyanggah permintaan YDP Agong untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan (Unity Government) […]

» Read more

Tiga Pemimpin Tertinggi BN Di Istana Negara

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Negara pagi ini, untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kenderaan berwarna putih dinaiki Ahmad Zahid memasuki Istana Negara melalui pintu dua pada kira-kira 10.45 pagi, sejurus selepas kenderaan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hassan tiba pada […]

» Read more

Yakini Kebijaksanaan YDP Agong, Doa Untuk Rakyat Dan Negara – Fairul Roslan

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Pemuda UMNO Melaka mengajak semua rakyat Malaysia untuk berdoa dan memberi sepenuh keyakinan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyelesaikan kemelut dengan kebijaksanaan Baginda dalam membuat keputusan terbaik untuk rakyat dan negara. Dalam hal ini, Ketuanya, Fairul Nizam Roslan berkata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Mahiaddin Yassin seharusnya […]

» Read more

Tiada Ahli Parlimen BN Sokong Muhyiddin Sebagai PM ke-10 – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat hari ini telah memutuskan bahawa tiada mana-mana Ahli Parlimen (BN) yang telah memberikan sokongan terhadap pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10. Demikian kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataan media hari ini. Katanya, pemakluman mengenai perkara terbabit telah dibuat kepada […]

» Read more

Sabar Dan Rasional, Demi Masa Depan Negara – Agong

  KUALA LUMPUR, 22 Nov – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan untuk rakyat bersabar dan memberi masa bagi penentuan jawatan Perdana Menteri. Seri Paduka Baginda menitahkan bahawa sebarang keputusan yang akan diumumkan kelak dapat diterima semua pihak bagi kelangsungan pentadbiran negara ini. “Mudah-mudahan insya-Allah (hari ini) tidak boleh jangka, tidak melihat apa-apa lagi. […]

» Read more

BN Tidak Sokong Mana-Mana Gabungan, Kekal Pembangkang – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan bagi membentuk kerajaan. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang. “Seperti yang saya janjikan semalam bahawa saya tidak akan bersama dengan Pakatan Harapan (PH) walau apa terjadi sekalipun. […]

» Read more
1 777 778 779 780 781 1,910