Ahmad Zahid Berbesar Hati Luang Masa Bertemu Diaspora Malaysia Di Brunei

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbesar hati menemui diaspora Malaysia yang tinggal di Brunei, sempena lawatan rasminya ke negara itu bagi menghadiri Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM), semalam. Teruja dengan pertemuan itu, beliau yang Presiden UMNO berkata walaupun negara Brunei hanya bersempadan dengan Malaysia, namun ini merupakan kali pertama beliau […]

» Read more

Semoga Datuk Seri Najib Dibebaskan, Keadilan Sebenar Dapat Ditegakkan – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dibebaskan dan keadilan sebenar dapat ditegakkan. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO menyifatkan kenyataan media Mohd Najib pada Khamis dibuat dengan suci hati dan lahir dari sanubari ikhlas. “Saya meneliti kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh […]

» Read more

Azalina Bertemu Hajiji, Bincang Perkembangan Terkini Kes Tuntutan Sulu

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berbesar hati mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di sini. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata pada pertemuan tersebut pelbagai perkara membabitkan isu semasa dibincangkan. Menurut beliau ini termasuk berkaitan agenda reformasi institusi […]

» Read more

Malaysia Belajar Pelbagai Aspek Pengurusan Bencana Menerusi AMMDM – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 25 Okt – Malaysia telah berpeluang belajar pelbagai aspek pengurusan bencana daripada negara ASEAN termasuk China, Jepun dan Korea, menerusi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) kali ke-12 yang diadakan di Brunei, bermula semalam hingga 25 Oktober. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai perkongsian daripada negara-negara berkenaan, amat bermanfaat kepada Malaysia walaupun negara tidak […]

» Read more

Forum 50 Tahun Malaysia-China: Malaysia Perlu Kekal Neutral Tanpa Korban Kedaulatan – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Malaysia perlu kekal neutral tanpa mengorbankan kedaulatan dan kepentingan nasional meskipun berdepan dengan pertembungan geopolitik serta geo-ekonomi, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah menghadiri Forum 50 Tahun Hubungan Malaysia-China anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Rabu. […]

» Read more

Syed Hussien Terus Khidmat Bakti Untuk Mahkota, Santuni Anak Muda Dan Peniaga

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah terus melaksanakan gerak kerja sebaiknya dalam menyampaikan aspirasi beliau kepada rakyat. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kluang menerusi laman Facebook berkongsi pergerakannya dalam menyantuni rakyat dan akar umbi parti melalui pelbagai program dan pengisian. Melalui perkongsiannya beliau menghadiri mesyuarat UMNO Bahagian Kluang yang pertama kali […]

» Read more

RM450,000 Diperuntuk Untuk Kurangkan Masalah Banjir Di Lenggong – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Sebanyak RM450,000 telah diperuntukkan untuk mengurangkan masalah banjir di Lenggong terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan. Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, peruntukan tersebut adalah untuk melaksanakan beberapa kerja penting bagi mengatasi masalah tersebut. “RM450,000 diperuntukan untuk melaksanakan kerja-kerja penting di beberapa kawasan […]

» Read more

KESUMA Teliti Kerangka Perlindungan Sosial Baharu – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Timbalan Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata buat masa ini akta-akta yang ditadbir oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah merupakan skim insurans sosial komprehensif terutama bagi golongan pekerja yang berpendapatan rendah. Pada masa yang sama katanya KESUMA melalui PERKESO sedang meneliti kerangka perlindungan sosial baharu untuk memberi perlindungan keselamatan sosial 24 […]

» Read more

Mohamad Wakili Malaysia Dalam Mesyuarat CHOGM Ke-27 Di Samoa

PUTRAJAYA, 24 Okt – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Persidangan Ketua-Ketua Negara/Kerajaan Komanwel Ke-27 (CHOGM 2024) dari 24 hingga 26 Okt 2024 di Apia, Samoa. Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar Negeri yang turut dikenali sebagai Wisma Putra berkata, Mohamad akan mengetengahkan kepentingan bagi mengukuhkan hubungan ekonomi dan perdagangan, […]

» Read more

UMNO Lahad Datu Siap Sedia Hadapi PRN Sabah, Sharif Musa Tegaskan Keutamaan Untuk Parti

LAHAD DATU, 24 Okt – Dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi, Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul, menekankan pentingnya semua jentera dan ahli parti bersedia menggempur dan berjuang untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) demi kelangsungan UMNO Sabah. Katanya, walaupun penggal penuh Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir pada […]

» Read more
1 … 776 777 778 779 780 … 2,372