Penerangan UMNO, BN dan Friends of BN Perkukuh Jaringan Komunikasi

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Memperkukuh jaringan, menyelaras gerak kerja dan memperkasakan komunikasi antara parti menjadi fokus utama Majlis Penerangan UMNO bersama Penerangan Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN yang berlangsung di Auditorium UMNO, Menara Dato Onn, di sini, hari ini. Program yang julung kali dianjurkan itu bukan sekadar menjadi medan perkongsian maklumat, malah berlangsung dalam suasana interaktif menerusi […]

» Read more

Ahmad Zahid Terima Kunjungan Hormat Perpisahan Duta Besar China

PUTRAJAYA, 2 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing, yang bakal menamatkan tempoh perkhidmatannya di negara ini. Menerusi perkongsian menerusi laman Facebooknya, Ahmad Zahid merakamkan penghargaan atas komitmen Ouyang dalam mempererat hubungan antara Malaysia dan China serta usaha mendekatkan […]

» Read more

RM104,000 Untuk Rakyat Bentong, Sekolah Turut Terbela

BENTONG, 2 Okt – Keperluan rakyat terus diberi perhatian apabila sembilan buah sekolah dan seorang individu menerima sumbangan peruntukan berjumlah RM104,000 bagi membantu kerja-kerja pembaikan serta keperluan yang diperlukan. Sumbangan berkenaan disampaikan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Senator Datuk Mohamad Zaini Salleh, pada satu majlis di Pejabat UMNO Bahagian Bentong, hari ini. Beliau berkata, peruntukan tersebut yang diluluskan oleh Menteri […]

» Read more

Krisis Adat Biarlah Diselesaikan Secara Adat…

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Para pengkaji dan pengamal Adat Perpatih bersependapat bahawa segala krisis yang berlaku khususnya di Negeri Sembilan perlu diselesaikan mengikut lunas adat masing-masing. Pengamal dan Pengkaji Adat Perpatih, Luar Ulu Muar, Md Fadhil Abdul Majid berkata adat dan pentadbiran moden tidak boleh diselarikan dan mesti bersifat adil. “Adat ini, orang politik memang tidak boleh campur, melainkan […]

» Read more

Menjelang Belanjawan 2027, Sabah Mahu Angka Diterjemah Kepada Hasil

LAHAD DATU, 2 Okt – Menjelang pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen pada 9 Oktober ini, Sabah mahu peruntukan pembangunan yang diumumkan tidak sekadar diterjemahkan dalam bentuk angka, sebaliknya menghasilkan perubahan nyata yang dapat dirasai rakyat. Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul, berkata rakyat Sabah tidak meminta lebih kerana mahu keistimewaan, tetapi berdasarkan jurang pembangunan yang masih belum […]

» Read more

Terjemah BN Sayang Rakyat, Pemuda UMNO Masjid Tanah Turun Padang

MASJID TANAH, 2 Okt – Semangat kebersamaan bersama rakyat terus menjadi keutamaan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah apabila ketuanya, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid, turun padang menyantuni komuniti anak muda menerusi program pelepasan Geng Honda EX-5 ke Gong Badak, petang tadi. Abdul Hakim bersama sahabat-sahabat Pemuda di sini hadir memberikan sokongan kepada peserta konvoi yang berlangsung dalam suasana santai dan […]

» Read more

Projek Tenaga Baharu Sabah Mesti Beri Manfaat Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Mohd Hasnol Ayub menegaskan projek tenaga boleh baharu di Sabah perlu memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat, termasuk melalui pemindahan teknologi, peluang pekerjaan bernilai tinggi dan pembangunan bakat tempatan. Beliau berkata perkara itu menjadi antara fokus dalam perbincangan bersama Mr. Mathieu Geze dari HDF Energy, Perancis, susulan kepulangannya dari China. […]

» Read more

Wanita UMNO Pasir Salak Pacu Agenda Malaysia Biru Dari Akar Umbi

PASIR SALAK, 2 Okt – Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak memperkemas dan memperkukuh gerak kerja akar umbi bagi memastikan Agenda Malaysia Biru bukan sekadar gagasan kepimpinan, sebaliknya diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat. Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak, Datin Sri Rahayu Tajuddin berkata, kekuatan UMNO terletak pada keupayaan jentera parti untuk membawa agenda perjuangan sehingga […]

» Read more

ILMUcode Buka Ruang Mahasiswa Terjemah Idea Kepada Inovasi – Zambry

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Penggunaan kecerdasan buatan (AI) membuka ruang yang luas kepada mahasiswa untuk menterjemahkan idea kepada aplikasi dan penyelesaian yang memberi manfaat kepada masyarakat. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, penguasaan teknologi dalam kalangan mahasiswa perlu disertai ilmu dan tanggungjawab agar manfaatnya dapat disalurkan kepada masyarakat. “AI membuka ruang yang luas untuk mahasiswa […]

» Read more

PRN Melaka: Jentera BN Asahan Terus Diperkasa, Rapatkan Saf

ALOR GAJAH, 2 Okt – Ketua Penerangan UMNO Negeri Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan meneruskan siri turun padang bertemu jentera Barisan Nasional (BN) di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta menyelaras gerak kerja di peringkat akar umbi. Ujarnya, pertemuan secara bersemuka bersama jentera bukan sekadar medan mengeratkan hubungan, malah dimanfaatkan untuk […]

» Read more
1 … 37 38 39 40 41 … 2,350