Ilmu Membentuk Akhlak, Adab Dan Jati Diri Mahasiswa – Dr Zambry

SHAH ALAM, 5 Okt- Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menzahirkan penghargaan kepada Yayasan Ilmuwan Islam Malaysia atas kejayaan menganjurkan majlis ilmu yang disifatkan amat bermakna dalam membentuk pemikiran, keperibadian dan jati diri mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, penganjuran program seumpama itu bukan sekadar medan perkongsian ilmu, malah wajar […]

» Read more

Agong Perkenan Tujuh Akta Diluluskan Pada Sidang Parlimen Lepas

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan tujuh akta diluluskan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 22 Jun hingga 16 Julai lalu. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ramli Mohd. Nor berkata, akta berkenaan termasuk Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026 dan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026. Turut […]

» Read more

UiTM Titik Mula Gerakkan Agenda Malaysia Biru

SHAH ALAM, 5 Okt – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) supaya memegang tiga amanah utama sebagai bekalan membentuk generasi berilmu, berkemahiran dan mampu memimpin perubahan negara. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, amanah pertama ialah memerdekakan akal dengan membina pendirian berasaskan ilmu dan bukti, selain tidak mudah […]

» Read more

Identiti, Warisan Melayu/Islam Perlu Ada Kesinambungan – Dusuki Ahmad

SHAH ALAM, 5 Okt – Identiti bangsa Melayu yang berteraskan agama Islam berisiko hilang sekiranya generasi hari ini gagal mewariskan budaya, tamadun serta pegangan agama kepada generasi seterusnya, tegas Pengerusi Yayasan Ilmuwan Islam Malaysia, Datuk Dusuki Ahmad. Beliau berkata, kelangsungan bangsa Melayu tidak boleh hanya diukur berdasarkan pertambahan zuriat, sebaliknya bergantung kepada keupayaan memastikan anak cucu terus mengenali jati diri, […]

» Read more

BN/UMNO Sudah Susun Gerak Jentera PRN Melaka – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 4 Okt – Barisan Nasional (BN) dan UMNO telah merangka gerak kerja jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, meskipun keputusan mengenai rakan gabungan yang akan bersama-sama dalam pilihan raya itu belum dimuktamadkan. Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN bersama rakan-rakan dalam gabungan parti akan terus menggunakan kekuatan dan pendekatan […]

» Read more

Majlis Penerangan Perkukuh Rangkaian Komunikasi Hadapi Pilihan Raya

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Majlis Penerangan UMNO bersama Penerangan Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN menjadi inisiatif penting dalam memperkukuh hubungan serta rangkaian kerja penerangan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang. Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob berkata, usaha tersebut penting bagi memastikan komunikasi dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, bukan sahaja dalam kalangan jentera penerangan tetapi […]

» Read more

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Perempuan Di Yong Peng

JOHOR BAHRU, 4 Okt – Kerajaan Negeri Johor memandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, pada petang semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Dr. Muhammad Naqib Md Ghazali, berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan menzahirkan ucapan takziah serta simpati kepada keluarga mangsa. […]

» Read more

Kita Geng Biru: Pemuda UMNO Siap Siaga ‘Birukan’ Melaka

MELAKA, 4 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memperkemaskan persiapan jentera di Melaka bagi memastikan gerak kerja di peringkat akar umbi berada dalam keadaan siap siaga menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan berkata, Pemuda UMNO Malaysia bersama kepimpinan Pemuda UMNO Negeri Melaka akan terus memperkukuhkan koordinasi dan gerak kerja bagi […]

» Read more

Rapatkan Saf, Perkukuh Bagan Datuk

BAGAN DATUK, 4 Okt – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa kekuatan Bagan Datuk sentiasa terletak pada kebersamaan dalam menghadapi apa jua cabaran. Menurut beliau, kesediaan untuk duduk semeja, berbincang dengan hati yang terbuka dan bergerak dengan satu tekad menjadi asas penting dalam usaha membina Bagan Datuk bersama-sama. “Bagi saya, kekuatan Bagan […]

» Read more

Pengalaman Bekas Wakil Rakyat Tetap Bernilai — Wan Rosdy

KUANTAN, 4 Okt – Pengalaman dan khidmat bakti bekas wakil rakyat masih mempunyai nilai besar untuk dikongsi sebagai panduan kepada generasi kepimpinan hari ini dan akan datang. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata perkara itu penting walaupun anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) tidak lagi berada di pentas politik. “Walaupun sudah tidak lagi berada di […]

» Read more
1 … 35 36 37 38 39 … 2,350