Azalina Seru Rakyat Hayati Semangat Perpaduan Sempena Hari Kebangsaan Ke-68

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menghayati dan memegang teguh semangat proklamasi kemerdekaan dengan memperkukuhkan nilai perpaduan yang menjadi asas kepada kestabilan, keharmonian dan kemakmuran negara. Dalam perutusan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, Azalina yang juga Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi menekankan kepentingan semangat muafakat tanpa mengira latar […]

» Read more

Mohamad Hasan Ucap Selamat Menyambut Hari Kebangsaan, Seru Rakyat Kekal Bersatu

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-68 kepada seluruh rakyat Malaysia dan turut mengingatkan betapa bertuahnya negara ini kerana terus menikmati keamanan, kemerdekaan dan kedaulatan sejak sekian lama. Dalam perutusan sempena sambutan Hari Kebangsaan, beliau menyeru semua rakyat agar terus bersatu padu demi menjamin keharmonian dan kestabilan negara. “Kita […]

» Read more

Ahmad Zahid Seru Rakyat Hayati Semangat Kemerdekaan Dengan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2025 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati semangat kemerdekaan ke-68 dengan memperkukuh semangat perpaduan dan menjiwai tema tahun ini, “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”. Dalam perutusan khasnya sempena Hari Kebangsaan, beliau mengimbas kembali detik bersejarah pada 31 Ogos 1957, ketika laungan “Merdeka!” bergema di […]

» Read more

Semarakkan Kemerdekaan, Tengku Adnan Seru Perkukuh Perpaduan

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak rakyat Malaysia untuk menghayati makna kemerdekaan dengan menjaga perpaduan serta mengukuhkan semangat toleransi dalam masyarakat majmuk negara ini. Katanya, kemerdekaan yang dikecapi sejak 1957 bukanlah sesuatu yang datang dengan mudah, sebaliknya hasil daripada pengorbanan para pejuang terdahulu yang sanggup berkorban jiwa dan […]

» Read more

68 Tahun Merdeka, Tiada Lagi Alasan Kecuaian Pasang Bendera – Mohd Jafni

JOHOR BAHRU, 30 Ogos 2025 – Kerajaan Negeri Johor memandang serius dua insiden pemasangan bendera secara terbalik yang berlaku baru-baru ini dan menegaskan bahawa kesilapan sedemikian tidak boleh lagi dianggap perkara kecil, sebaliknya merupakan satu tamparan terhadap kedaulatan negara. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menegaskan bahawa selepas 68 tahun Malaysia merdeka, alasan […]

» Read more

Semua Pihak Perlu Diberi Ruang Zahir Semangat Patriotik – Ahmad Zahid

JELEBU, 30 Ogos – Semua pihak, terutama golongan muda perlu diberi ruang untuk menzahirkan semangat patriotik mengikut cita rasa mereka melalui pelbagai pendekatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata hal ini termasuk menyertai aktiviti konvoi bermotosikal bagi meraikan sambutan itu, sekali gus memperkukuh jalinan perpaduan dalam kalangan masyarakat. “Di mana bumi dipijak, di situ […]

» Read more

Kibar Jalur Gemilang Syukuri Nikmat Kemerdekaan – Mohd Asna

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin menyeru rakyat untuk bersama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda mensyukuri nilai kemerdekaan yang dimiliki negara. Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan berkata ia penting dalam menyemarak semangat cintakan negara menjelang 31 Ogos ini. Rentetan itu, Mohd Asna turut sama […]

» Read more

Perlu Faham Undang-Undang, Kibar Bendera Terbalik Satu Penghinaan – Md Israk

PONTIAN, 30 Ogos – UMNO Johor menegaskan bahawa isu pengibaran bendera secara terbalik bukanlah perkara remeh, sebaliknya satu bentuk penghinaan terhadap simbol kedaulatan negara dan negeri yang perlu ditangani secara tegas. Menurut Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah, tindakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Azim Shamsuddin, mengarahkan penutupan sementara dua premis yang mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Johor […]

» Read more

Terus Tanam Semangat Cinta Tanah Air, Syukuri Nilai Kemerdekaan Dikecapi

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari mengajak rakyat Malaysia untuk terus menanam semangat cinta tanah air bersempena Hari Kebangsaan negara pada 31 Ogos ini. Beliau berkata, sebagai warganegara yang bertanggungjawab rakyat perlu mensyukuri nilai kemerdekaan yang ada. “Sempena Hari Kebangsaan marilah kita meletakkan kesetiaan kepada negara dengan memupuk perpaduan, elak daripada perpecahan apatah […]

» Read more

BN Forum: Kita Mesti Bentuk Idealisme, Nyahkan Neokolonialisme – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Acuan minda baharu mesti dibentuk dalam usaha untuk menyahkan neokolonialisme ataupun peluasan pengaruh politik sesebuah kuasa besar yang dikhuatiri sedang berlaku di negara ini. Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada ketika ini Amerika Syarikat (US), China dan Rusia merupakan negara-negara yang sedang mendominasi geopolitik dunia terutamanya dalam […]

» Read more
1 307 308 309 310 311 2,249