Fokus PRN Sabah, Perhimpunan Agung UMNO 2025 Ditangguh Ke Januari 2026

KUALA LUMPUR, 17 Okt – UMNO Malaysia hari ini mengumumkan penangguhan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2025 susulan pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 29 November 2025. Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pertindihan tarikh antara PRN Sabah dan […]

» Read more

Mohamad Hasan Santuni Komuniti India Rembau Sempena Deepavali

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan meneruskan khidmat bakti di kawasan dengan menyantuni masyarakat India sempena sambutan Deepavali yang bakal diraikan pada Isnin ini. Beliau yang juga Menteri Luar turun padang ke Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kota dan Chembong bagi menyampaikan sumbangan kepada komuniti India yang memerlukan. Di DUN Kota, majlis penyerahan berlangsung […]

» Read more

PRN Sabah: BN Umum Calon Seminggu Sebelum Hari Penamaan Calon – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan nama calon dan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 seminggu sebelum hari penamaan calon, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “BN tidak akan bertanding di seluruh 73 kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) dan kita akan teliti kawasan fokus,” kata Ahmad Zahid yang juga […]

» Read more

KKDW Terus Perkukuh Pembangunan Luar Bandar Melalui Belanjawan 2026 – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan meneruskan fokus kepada pembangunan luar bandar secara menyeluruh melalui Belanjawan 2026 yang memperuntukkan RM12.4 bilion, mencatatkan peningkatan 3.69 peratus berbanding tahun sebelumnya. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata peruntukan itu akan dimanfaatkan untuk memperkukuh kesejahteraan rakyat luar bandar secara holistik melalui pendekatan inklusif. “KKDW […]

» Read more

Pemuda UMNO Tegas Tangani Krisis Pendidikan, Sokong Belanjawan 2026 Dan Sedia Hadapi PRN Sabah

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menegaskan komitmen untuk terus menjadi suara yang lantang dalam memperjuangkan isu pendidikan, pembangunan belia dan masa depan generasi muda, di samping memastikan kesiapsiagaan penuh menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang semakin hampir. Dalam Mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia yang bersidang pada 10 Oktober lalu pelbagai perkembangan politik dan sosial semasa […]

» Read more

Ahmad Zahid Seru Gerakan “One ASEAN SME Movement” Kukuhkan Ekosistem Keusahawanan Serantau

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan SME Venture @ASEAN 2025, sebuah inisiatif serantau yang menghimpunkan pemain industri, pelabur dan usahawan dari 18 negara termasuk seluruh ASEAN, bertujuan memperkukuh jaringan keusahawanan dan pelaburan rentas sempadan. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menegaskan bahawa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kekal […]

» Read more

Jentera Pemuda UMNO Siap Siaga Hadapi PRN Sabah Ke-17

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Segala persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 disusun dengan rapi bagi memastikan jentera Pemuda UMNO berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya bagi menghadapi kempen akan datang. Bendahari Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan, Mohd Naim Kurniawan Moktar berkata, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia yang dipengerusikan oleh Ketuanya, […]

» Read more

Peralihan Sistem Baharu: Rakyat Berhak Dapat Penyelenggaraan Selamat, Berkualiti

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Rakyat berhak mendapat perkhidmatan penyelenggaraan yang selamat dan berkualiti, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian memaklumkan tawaran Request For Proposal (RFP) bagi kontrak penyelenggaraan Jalan Persekutuan telah diiklankan pada 14 Julai 2025 dan telah ditutup pada 8 dan 9 September 2025. “Untuk makluman, tawaran RFP bagi […]

» Read more

Perkukuh Kebajikan Rakyat, Ab Rauf Turun Padang Santuni Nelayan

MELAKA, 16 Okt – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh terus komited mendekati rakyat apabila turun padang ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara bagi menyantuni masyarakat setempat serta meninjau beberapa projek pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan di kawasan berkenaan. Dalam tinjauan itu, beliau melawat projek menaik taraf Pantai Tanjung Bidara sebelum meluangkan masa beramah mesra […]

» Read more

Belanjawan: Kerajaan Digesa Laksana Reformasi Fiskal Menyeluruh

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias mendesak kerajaan untuk melaksanakan reformasi fiskal secara menyeluruh bagi memastikan kecekapan dalam pengurusan perbelanjaan kerajaan. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelbagai projek yang dilaksanakan di negeri tersebut. “Sebagai Ahli Parlimen dari Negeri […]

» Read more
1 257 258 259 260 261 2,246