Peruntukan RM7.9 Bilion Bukti Komitmen Kerajaan Perkasa TVET – Manndzri Nasib

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Peruntukan sebanyak RM7.9 bilion dalam Belanjawan 2026 bagi memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal (TVET) bukan sekadar angka di atas kertas, sebaliknya mencerminkan kesungguhan kerajaan menjadikan TVET sebagai pemacu ekonomi baharu negara serta jambatan peluang sosial kepada golongan muda. Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib, berkata langkah itu menunjukkan iltizam kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran […]

» Read more

Salah Tetap Salah, Hukuman Tetap Jalan – Azalina

PUTRAJAYA, 15 Okt — Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa mana-mana individu yang terlibat dalam perlakuan jenayah, termasuk kes rogol, tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO menekankan bahawa prinsip keadilan mesti ditegakkan tanpa mengira usia atau latar belakang pelaku. “Macam saya cakap kelmarin, siapa-siapa yang terlibat dalam perlakuan […]

» Read more

Puteri UMNO Perak Laksana ‘Kempen Sekolah Selamat & Jiwa Sihat’, Seru Prihatin Keselamatan Pelajar

IPOH, 15 Okt – Ketua Puteri UMNO Negeri Perak, Sarah Syazwani Saari menzahirkan rasa dukacita dan simpati yang amat mendalam kepada keluarga mangsa pelajar yang maut akibat ditikam di sekolah baru-baru ini. Beliau berkata, insiden tragis itu bukan sekadar satu kejadian ngeri, tetapi satu tamparan kesedaran kepada seluruh masyarakat bahawa tahap keselamatan dan kesejahteraan pelajar kini berada di tahap membimbangkan. […]

» Read more

PN Ulang Gaya Lama: Janji Dulu, Berdalih Kemudian – Puad

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Perikatan Nasional (PN) sedang mengulangi taktik lama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, iaitu membuat pelbagai janji berbentuk “ringgit dan sen” tanpa asas kewangan yang kukuh. Menurut beliau, kaedah ini sama seperti pendekatan yang digunakan oleh Pakatan Harapan (PH) ketika era pentadbiran PH […]

» Read more

UMNO Pensiangan Kukuh dan Bersedia Hadapi PRN, Tekad Terus Berjuang

PENSIANGAN, 15 Okt — Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Busiau Ampirak, menegaskan bahawa parti kini memasuki fasa penting dalam landskap politik Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dengan semangat yang utuh dan jentera yang bersiap siaga di semua peringkat. Menurut beliau, kekuatan UMNO di bahagian terbabit terbina hasil kepimpinan yang bersih, kestabilan dalaman yang mantap serta kepercayaan akar umbi […]

» Read more

Malaysia Perkukuh Peranan Dalam Pengurusan Bencana Serantau – Ahmad Zahid

PHNOM PENH, 15 Okt — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh kerjasama serantau menerusi pengurusan bencana dan tindak balas kemanusiaan ASEAN. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ketika mewakili Malaysia pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) ke-13 dan Persidangan Pihak-Pihak kepada AADMER (COP-AADMER) ke-14 yang berlangsung di Phnom Penh, […]

» Read more

Johor Perkukuh Kerjasama Strategik Dengan URA Singapura Demi Pembangunan Mampan

KUALA LUMPUR, 15 Okt — Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh kerjasama strategik rentas sempadan apabila hari ini delegasi rasmi negeri yang diketuai oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor mengadakan lawatan kerja ke Urban Redevelopment Authority (URA), Singapura. Menurut Mohd Jafni, lawatan ini menjadi platform penting untuk memperhalusi pelaksanaan dasar MAJU JOHOR dalam konteks Johor–Singapore […]

» Read more

PRN Sabah: 80 Peratus Calon Baharu, Bukti UMNO/BN Dengar Suara Rakyat – Samasuddin

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop menyifatkan masa depan Sabah bakal menjadi lebih cerah dengan langkah Barisan Nasional (BN) yang bakal menampilkan calon-calon baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Menurutnya, pendekatan itu bukan sekadar memenuhi kehendak politik semasa, tetapi satu usaha menyeluruh untuk memperkukuh keyakinan rakyat terhadap kepimpinan UMNO dan BN di negeri […]

» Read more

Program Sumbangan Deepavali DUN Behrang Semarakkan Nilai Keharmonian

BEHRANG, 15 Okt — Dalam suasana penuh muhibah dan kasih sayang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin, meraikan sambutan menjelang Deepavali bersama komuniti India menerusi Program Sumbangan Bantuan Deepavali DUN Behrang yang diadakan di halaman Pusat Khidmat Rakyat DUN Behrang, baru-baru ini. Ujarnya, walaupun majlis diadakan secara sederhana, namun suasananya sarat dengan nilai keakraban apabila keceriaan penerima dirasai […]

» Read more

Mahdzir Terus Santuni Rakyat, Tinjau Pembangunan Desa Di Langkawi

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid terus komited mendekati masyarakat tanpa mengira latar belakang, selari dengan semangat perjuangan UMNO yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat. Menerusi hantaran di Facebook, beliau memaklumkan menziarahi Suhaimi, jurufoto UMNO Kedah di kediamannya di Taman Seri Abadi, Jalan Kuala Kedah yang kini dalam proses pemulihan selepas mengalami […]

» Read more
1 259 260 261 262 263 2,246