Ketahanan Parti Politik Bergantung Pada Idea dan Institusi – Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, menekankan bahawa kekuatan sesebuah parti politik tidak hanya diukur melalui kemenangan pilihan raya atau pencapaian jangka pendek. Sebaliknya katanya, keupayaan sesebuah parti untuk kekal relevan dalam jangka masa panjang bergantung kepada idea yang jelas dan institusi yang kukuh. “Perkembangan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) boleh difahami […]

» Read more

Larangan Penternakan Babi: Titah Sultan Selangor Cerminan Keprihatinan Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Ketua Wanita Hulu Selangor, Senator Datuk Rosni Sohar menyifatkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menegaskan bahawa tidak berkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri ini sebagai cerminan keprihatinan kepada rakyat. Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berkata keputusan ini juga membuktikan bahawa kepentingan rakyat dan pemeliharaan alam sekitar sentiasa menjadi […]

» Read more

Malaysia Cadang Garis Panduan Bersama Pembiayaan Pihak Ketiga di Peringkat Komanwel

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Malaysia mencadangkan agar Sekretariat Komanwel menjalankan pemetaan amalan sedia ada serta membangunkan cadangan garis panduan bersama bagi memastikan pembiayaan pihak ketiga (Third Party Funding) dilaksanakan secara telus, bertanggungjawab dan berintegriti merentasi negara-negara Komanwel. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu penting bagi memastikan mekanisme pembiayaan […]

» Read more

Ahmad Zahid Ajak Rakyat Terokai Destinasi Indah Negara Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak semua untuk meneroka destinasi indah dan pelbagai aktiviti yang menarik di negara kita sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Beliau berkata demikian menerusi laman Facebooknya selepas berkesempatan menyusuri keindahan Tasik Kenyir melalui pengalaman eko pelancongan di Kenyir Geopark bersama ahli-ahli MPT KKDW, termasuk menaiki ‘cruise’ sambil […]

» Read more

BN Yakin Pertahan Johor Dan Melaka, Elak Pertembungan Tiga Penjuru – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Barisan Nasional (BN) menyasarkan untuk mengekalkan kemenangan di Johor dan Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang menerusi strategi mengelakkan pertembungan tiga penjuru bersama rakan sekutu dalam Kerajaan Perpaduan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata keyakinan itu bersandarkan inisiatif kerajaan negeri dan pusat serta pengukuhan dalaman parti. “Jika Johor boleh […]

» Read more

YKM Peruntuk RM5 Juta Tahun Ini Bantu 1000 Anak Yatim Kehilangan Ibu Bapa Akibat COVID-19

JOHOR BAHRU, 11 Feb – Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) memperuntukkan RM5 juta tahun ini bagi membantu kira-kira 1,000 anak yatim dan yatim piatu di seluruh negara yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19. Pengerusi YKM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan diberikan secara bulanan dan sekali beri kepada mereka yang layak termasuk pada musim perayaan. Beliau berkata sempena Tahun Baharu […]

» Read more

Norliza Tekankan PTPTN Laksana Tadbir Urus Berintegriti, Pastikan Tiada Pelajar Tercicir

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merangkap Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menegaskan komitmen berterusan PTPTN dalam memperkukuh tadbir urus yang telus dan berintegriti, di samping memperkasa ekosistem pendidikan negara agar tiada pelajar tercicir daripada arus pembelajaran. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN yang pertama […]

» Read more

Johor Perkukuh Kerjasama Global, Pembangunan Modal Insan Jadi Teras Transformasi Negeri

JOHOR BAHRU, 10 Feb — Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh kerjasama strategik dengan institusi pendidikan dan dasar bertaraf dunia sebagai sebahagian daripada agenda transformasi negeri, dengan pembangunan modal insan dijadikan teras utama. Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha ini bertujuan meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam negeri serta memastikan Johor kekal berdaya saing dalam landskap ekonomi global yang semakin mencabar. […]

» Read more

Operasi Pembenihan Awan Di Tiga Negeri Bermula Esok

KUALA NERUS, 10 Feb – Beberapa operasi pembenihan awan akan dilaksanakan di tiga negeri iaitu Johor, Kedah dan Perak mulai esok hingga Ahad (15 Feb) ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata operasi pembenihan awan itu dibuat berikutan paras air beberapa empangan di negeri tersebut semakin menyusut disebabkan cuaca panas yang berterusan. “Sekarang ini kita sedang […]

» Read more

Tugas Media Lapor Berita Berdasar Fakta, Bukan Berkempen Untuk Parti Politik

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Pengarah Komunikasi UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri menegaskan bahawa media ditugaskan untuk melaporkan berita berdasarkan fakta, bukannya berkempen untuk parti politik. Ini kerana katanya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi mendakwa media gagal membuat liputan mengenai kejayaan negeri tersebut dan sentiasa dizalimi ketika bertemu dengan para pelajar di Kaherah, […]

» Read more
1 245 246 247 248 249 2,356