UMNO Harus Keluar Dari Kotak Pemikiran Untuk Terus Berjaya – Ahmad Zahid

JOHOR BAHRU, 5 Okt – Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO harus keluar dari kotak pemikiran untuk meneroka dunia yang luas. Jelas beliau, ahli parti tidak boleh terbelenggu dengan pemikiran ‘UMNO-centric’ dan berkisar dalam kalangan ahli sahaja, sehingga terlupa bahawa persada perjuangan sebenar adalah dunia orang Melayu keseluruhannya bersama kaum-kaum lain dan Malaysia dengan memayungi seluruh […]

» Read more

Kongres Maruah Melayu: UMNO Berjiwa Besar, Serius Bela Bangsa – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Melihat kepada reaksi rakyat dan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak 9 Mei 2018, ternyata Kerajaan PH gagal menjaga maruah Melayu kerana Kongres Masa Depan Bumiputera Negara 2018 (KBN 2018) pada 1 September 2018 lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, yang dianjurkan Menteri Ekonomi, tidak nampak hasilnya yang jelas. Maknanya Azmin sebagai […]

» Read more

Orang Melayu Bukan Naif, Penganjur Kongres Maruah Melayu Beri Alasan Tidak Munasabah

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa orang Melayu dan rakyat Malaysia bukan naif dan anti akal kerana mereka tahu menilai yang batil dan yang benar. Katanya, penafian bahawa mereka bukan tunggangan parti politik tidak perlu saya ulas, namun jika benar penganjur kongres ini bukan tunggangan ahli politik, kenapa YB Datuk Seri […]

» Read more

Kenyataan Tun M Bukti Manifesto PH Adalah Bohong Dan Fitnah

BATU PAHAT, 5 Okt – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr. Shamsul Annuar Nasarah berkata, kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kandungan manifesto mereka adalah satu perangkap untuk Barisan Nasional (BN) memandangkan mereka tidak menyangka akan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), membuktikan janji manifesto adalah satu pembohongan. Jelas beliau, ini juga secara tidak langsung menjawab segala […]

» Read more

Eksport, Import Negara Turun

KUALA LUMPUR, 4 Okt — Jumlah perdagangan Malaysia berjumlah RM151.8 bilion pada Ogos, 2019, susut RM10.7 bilion atau 6.6 peratus berbanding Ogos 2018, kata Jabatan Perangkaan Malaysia. Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata eksport menurun sedikit sebanyak 0.8 peratus kepada RM81.4 bilion tahun ke tahun, manakala eskport semula bernilai RM13.4 bilion, merekodkan penurunan sebanyak 0.3 peratus tahun ke […]

» Read more

Janji Dan Perancangan Kerajaan Negeri Kedah Pimpinan PH Hanya Satu Mitos

ALOR SETAR, 4 Okt – Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu Datuk Ahmad Zaini Japar berkata, segala perancangan dan janji kerajaan negeri Kedah pimpinan Pakatan Harapan (PH) hanyalah sebuah cerita mitos yang tidak boleh dipercayai. Jelas beliau, semuanya hanya sedap didengar tetapi tidak ada satu pun perancangan kerajaan negeri yang dilaksanakan. “Sudahlah mereka tidak meneruskan segala perancangan pembangunan kerajaan terdahulu pimpinan […]

» Read more

PH Jangan Malu Buat Pusingan U Lagi

ALOR SETAR 4 Okt. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta tidak malu membuat pusingan U dan ‘bermuka tembok’ dengan mengembalikan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) demi meningkatkan ekonomi dan pendapatan negara. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob secara sinis berkata, rakyat sudah biasa dengan sikap PH itu yang sering kali menyalahkan kerajaan sebelum ini tetapi pada masa sama […]

» Read more

GST Akan Dikembalikan, Rakyat Ditipu Lagi? – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 4 Okt. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu memohon maaf kepada Barisan Nasional (BN) dan seluruh rakyat kerana berbohong mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), rakyat tertipu dan percaya tentang omongan keburukan GST serta percaya tentang kebaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) walhal ia sebaliknya, tegas Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Kini katanya, Kerajaan PH […]

» Read more

UMNO Berlapang Dada, Ambil Sikap Terbuka Hadir Kongres Maruah Melayu – Annuar

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata sebagai sebuah parti terbesar orang Melayu dan sebagai pelopor bersama Piagam Muafakat Nasional UMNO-PAS, parti itu berlapang dada dan mengambil sikap terbuka untuk hadir Kongres Maruah Melayu yang dijadualkan berlangsung pada 6 Oktober ini. Menurut beliau parti berkenaan mengikuti perkembangan dan perbincangan yang menyentuh kepentingan orang Melayu […]

» Read more

Perhimpunan Agung UMNO 2019 Dipinda 4 – 7 Dis, Tumpu PRK Tanjung Piai

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Perhimpunan Agung UMNO 2019 dipinda ke 4 – 7 Dis depan untuk parti memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Parlimen Tanjung Piai, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen P.165 Tanjung Piai pada 16 November, Sabtu dan secara kebetulan bersamaan […]

» Read more
1 … 2,168 2,169 2,170 2,171 2,172 … 2,372