Kongres Maruah Melayu: UMNO Berjiwa Besar, Serius Bela Bangsa – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Melihat kepada reaksi rakyat dan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak 9 Mei 2018, ternyata Kerajaan PH gagal menjaga maruah Melayu kerana Kongres Masa Depan Bumiputera Negara 2018 (KBN 2018) pada 1 September 2018 lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, yang dianjurkan Menteri Ekonomi, tidak nampak hasilnya yang jelas. Maknanya Azmin sebagai Menteri Ekonomi tiada kesungguhan, malah Petronas dibawahnya pun semakin terancam.

Demikian tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Katanya, kuasa menguruskan kewangan negara yang diberikan kepada Lim Guan Eng dari Dap ternyata merugikan orang Melayu dan Bumiputra serta merosakkan ekonomi negara dan keadaan ini dibuktikan dengan Ringgit Malaysia yang kian merudum kepada RM4.18 berbanding USD, Malaysia jatuh ke tangga 13 berbanding tempat pertama pada tahun 2017 bagi pelaburan langsung asing (FDI).

“Malaysia berada jauh di belakang Vietnam di tangga kelapan dan pertama kali didalam sejarah negara Asean perkara ini berlaku. Bursa Malaysia turut susut sehingga 1,564.12 mata ketika ini. Tony Pua berkuasa dan bermaharalela di Kementerian Kewangan ( MOF).

“Menteri Pendidikan dari BERSATU juga gagal dengan jelas meletakkan dan pertahankan kepentingan Melayu dalam sistem pendidikan negara. Soal UEC, Bahasa Melayu, pendidikan sekolah kebangsaan, dana pendidikan anak anak Melayu dan pelbagai perkara lagi nampaknya kabur dan tidak ditanggani dengan baik dibawah Kerajaan PH.

“Sudah tentu soal Islam yang amat penting kepada orang Melayu jelas diganggu dibawah Kerajaan PH. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu Dr Mujahid Yusof Rawa juga jelas, gagal meyakinkan orang Melayu bahawa Kerajaan PH mampu meletakkan Islam ditempat sepatutnya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ujarnya, pendirian Dr Mujahid sangat membimbangkan apatah lagi kegagalan beliau menjaga Lembaga Tabung Haji, sebuah institusi penting Melayu Islam dalam negara ini dan Hibah tabung haji juga rendah hanya sebanyak 1.25 % sahaja berbanding tahun tahun sebelumnya.

“Kedaulatan Raja Melayu dipermainkan dibawah Kerajaan PH. ICERD dan Statut Rome hampir ditandatanggani oleh Kerajaan PH. Kalau bukan kerana UMNO dan PAS bangkit menghalang, pasti nasib Melayu sudah digadai. Semua ini antara bukti kepentingan Melayu yang gagal dipelihara oleh Kerajaan PH.

“Malah banyak lagi perkara berkaitan Melayu jika mahu disebut. Ini hanya sedikit dari pelbagai kelemahan Kerajaan PH. Paling jelas walau kuasa pemerintahan ditangan pemimpin Melayu, mereka gagal.

“Situasi ini, mungkin kerana Dap lebih berkuasa daripada parti dan pemimpin Melayu dalam Kerajaan PH. Ini semua antara punca menyebabkan pelbagai kerosakan dan kerugian Melayu berlaku dibawah Kerajaan PH.”

Justeru katanya, penganjuran Kongres Maruah Melayu dilihat bukti yang mengesahkan kegagalan Kerajaan PH mengurus kepentingan Melayu sejak memerintah negara.

“Sepatutnya tajuk kongres ialah ‘Kongres Kejayaan Melayu dibawah Kerajaan PH’ , tapi Kerajaan PH gagal menjaga kepentingan Melayu. Bayangkan, mereka terpaksa mendesak kerajaan mereka sendiri.

“Sepatutnya bila sudah ada kuasa lakukan usaha memartabatkan kedudukan Melayu. Tidak perlu kongres untuk tujuan itu kerana rakyat sudah memberi mandat. Buatlah lebih baik dari kerajaan sebelumnya. Gunalah kuasa yang ada.

“Namun Kerajaan PH dilihat terus gagal dalam mentadbir negara. Perdana Menteri pula terus memberikan pelbagai alasan bila gagal lakukan sesuatu. Bayangkan berguling mereka dijalanraya mengatakan GST ‘cukai yang menekan rakyat’. Kini GST dikaji dan mahu dilaksanakan kembali?

Ujar beliau, naratif menyalahkan Kerajaan BN tidak lupa mereka lakukan.

“Ini bukan masanya menyalahkan kerajaan lalu. Rakyat mahu Kerajaan PH bukti, PH lebih baik daripada dahulu.

“Apa yang pasti, Kerajaan PH terutama Parti BERSATU jauh berbeza berbanding UMNO. UMNO sangat serius dalam perkara berkaitan kepentingan Melayu. Secara konsisten UMNO berjuang apa saja demi kepentingan Melayu serta Bumiputra, baik soal agama Islam, ekonomi, pendidikan, kebajikan dan sebagainya.”

Terang beliau, UMNO lahir pada 11 Mei 1946, di Istana Johor Baharu yang antaranya kerana menentang Inggeris yang mahu membawa Malayan Union di Tanah Melayu, maka demi agama, bangsa dan negara UMNO wujud untuk pertahankan hak Melayu dan Islam.

“Namun, baik PKR, atau BERSATU kelahiran semua parti ini hanya kerana kecewanya pimpinan mereka tidak dapat menguasai UMNO, dan mereka keluar dengan menubuhkan parti berkenaan. Realitinya PKR atau BERSATU lahir bukan kerana agama, bangsa atau negara.

“Sewaktu berkuasa, UMNO dan BN lakukan pelbagai perkara dimana ianya sesuai dengan prinsip dalam perlembagaan UMNO sendiri sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

“Saya ingin tegaskan, UMNO parti yang matang. Kita menyokong perkara yang baik demi rakyat sebagaimana dilakukan dengan menyokong beberapa perkara berkaitan kepentingan rakyat di Dewan Rakyat umpamanya Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi, pendaftaran pengundi automatik, dan menurunkan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun.”

Tegas beliau, semua ini dalil, kita parti yang meletakkan kepentingan rakyat.

“UMNO bukan sebagaimana PH menjadi pembangkang dahulu. PH dahulu membangkang semua perkara walaupun ia baik untuk rakyat.

“Malah, UMNO juga parti yang membela Bumiputra, anak anak negeri serta memelihara kepentingan kaum dan agama lain sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara.

“Sebenarnya, kita tahu tujuan dan siapa yang disebalik Kongres Maruah Melayu ini. walaupun pelbagai universiti dan NGO berada dihadapan sebagai penganjur.”

Namun, katanya, demi Melayu, UMNO hadir.

“Kita menghantar wakil hadir ke Kongres Maruah Melayu ini, sebagai bukti UMNO serius demi Melayu. Kehadiran kita bukan bermaksud UMNO menyokong parti politik dalam Kerajaan PH, dan pendirian ini sangat jelas.

“Hadir, demi Melayu dan memghormati mereka yang menghantar jemputan, walaupun semasa Himpunan Penyatuan Ummah #hpu914, UMNO juga menjemput mereka tetapi mereka diam seribu bahasa dan tidak menyambut jemputan yang diberikan.

“Hakikatnya, paling utama orang Melayu mahu pembelaan. Kepada Kerajaan PH, ini bukan masa berkongres lagi. Kedudukan Islam, ekonomi, pendidikan, kebajikan dan sebagainya mesti dibela secara bersungguh. Kini masa bertindak, sekadar kongres dan kemudian habis begitu sahaja, ia tiada makna bagi orang Melayu,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Lenggong. – UMNO ONLINE