#HPU914 Menuju Kemuncaknya, Lautan Sokongan Rakyat ‘Putihkan’ PWTC

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Himpunan Penyatuan Ummah (#HPU914) menuju kemuncaknya hari ini dengan ‘lautan putih’ peserta mula memenuhi pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) seawal pukul 7.00 pagi lagi. Semangat perjuangan terus bersemarak dalam menjayakan penyatuan ummah ini selepas membuka tirai semalam yang berlangsung lancar dengan pelbagai acara membabitkan kerjasama erat UMNO-PAS. Hari ini, acara akan bermula pukul 10 […]

» Read more

Piagam UMNO PAS Satu Tatakelola Kerja Kedua-dua Parti : Tok Mat Hasan

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Piagam UMNO PAS merupakan satu tatakelola kerja bagaimana kedua-dua parti harus bergerak daripada sekarang hingga ke pilihan raya umum yang akan datang, ujar Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Katanya, ikatan yang dijalinkan hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya dan jangan dibiarkan rapuh. “Ikatan kita ini jangan rapuh mesti kita simpul elok-elok. Ikatan perpaduan kita ini […]

» Read more

Baju #HPU914 Cukup Laris, Umpama ‘Pisang Goreng Panas’

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menjadi tumpuan orang ramai sempena Himpunan penyatuan Ummah (#HPU914) bukan sahaja dipenuhi dengan pelbagai gelagat dan warna-warni mereka yang hadir, malah aksi para peniaga yang mengambil peluang menjual pelbagai produk termasuklah baju dan barangan lain turut menjadi tumpuan. Baju dengan tema ‘Penyatuan Ummah’ dan masing-masing dengan ‘design’ tersendiri serta […]

» Read more

Kejayaan Terbesar PHAdalah Menyatupadukan UMNO Dan PAS – Shahril

KUALA LUMPUR 13 Sept – Naib Ketua Pemuda UMNO Shahril Sufian Hamdan berkata Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) memang dinantikan terutamanya dua parti Melayu terbesar di Malaysia. Katanya konteks permulaan penyatuan ummah terlaksana apabila UMNO dan PAS kecundang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu. “Tarikh 13 dan 14 September ini adalah tarikh puncak kejayaan paling besar Pakatan Harapan (PH) bukan mengenai […]

» Read more

Penyatuan Ummah Kerana Sayangkan Negara… Jangan Biar PH Robek Keamanan – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR 13 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa negara ini adalah negara majmuk yang sepanjang 61 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah negara ini aman, stabil dan harmoni maka jangan biarkan Pakatan Harapan (PH) merobek apa yang telah terbina. Lantaran itu katanya, pada hari ini Himpunan Peryatuan Ummah (#HPU914) dilakukan yang bertujuan untuk […]

» Read more

Penyatuan Ummah Tepat Pada Masanya, Bait Lagu UMNO-PAS Pun Hampir Sama

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Penyatuan Ummah yang digerakkan oleh dua parti politik terbesar orang Melayu di negara ini iaitu UMNO dan PAS sememangnya dianggap sebagai sesuatu yang amat tepat dan kena pada masanya dalam keadaan dan senario semasa negara hari ini. Malah jika dilihat dan diperhalusi, lagu rasmi kedua-dua parti pada rangkap awalnya seolah-olah mempunyai persamaan tersendiri dalam mengajak […]

» Read more

#HPU914: Pelaksanaan Himpunan Jadi Igauan Buruk PH – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Himpunan Penyatuan Ummah (#HPU914) antara UMNO dan PAS yang bermula hari ini ternyata memberi igauan buruk kepada Pakatan Harapan (PH) sehinggakan tindak-tanduk mereka jelas menunjukkan betapa mereka ‘desperate’. Jelas beliau, kerana itulah pelbagai kritikan negatif dikeluarkan sehingga perkara remeh berkaitan gegantung #HPU914 juga dijadikan isu. “Tindakan […]

» Read more

UMNO Tidak Pernah Ajar Untuk Kurang Ajar… Provokasi PH Tak Mampu Gagalkan Penyatuan Ummah

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, parti keramat ini tidak pernah mengajar ahlinya untuk bersikap kurang ajar. Justeru itulah jelas beliau, walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap penyatuan ummah antara UMNO dan PAS namun ia sedikit pun tidak memberi kesan dan sama sekali tidak akan mampu menggagalkan penyatuan ini. “Yang menyeru untuk […]

» Read more

Penyatuan Ummah: Empat Asas Golongan Muda Perlu Lihat – Ir Khairil

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Terdapat empat asas yang penting untuk golongan muda lihat kepada usaha penyatuan ummah dalam negara ini, ujar Ketua Pemuda PAS pusat, Ir. Khairil Nizam Khirudin. Faktor pertama katanya, adalah mengenai perjuangan menegakkan dan mempertahankan apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan negara dan kontrak sosial. “Pertamanya ialah bila berlakunya muafakat antara dua parti Melayu terbesar […]

» Read more
1 … 2,133 2,134 2,135 2,136 2,137 … 2,380