Autonomi UMNO Sabah Sesuatu Yang Dinanti-Nantikan – Bung Mokhtar

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin mengharapkan agar autonomi untuk UMNO negeri tu dapat dibentang dan diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2019 yang akan bermula Rabu ini.

Katanya, autonomi itu sangat berguna kepada UMNO Sabah untuk bergerak dengan lebih sistematik dan terurus.

“Perhimpunan Agung UMNO  akan membawa makna kepada UMNO Sabah. Majlis Kerja Tertinggi  (MKT )pada dasarnya telah bersetuju memberikan autonomi kepada UMNO negeri untuk melakukan sesuatu yang baik dan ianya akan dibentangkan pada PAU ini dan insya Allah akan diluluskan.

“Kita akan bergerak secara lebih mendalam dan boleh memikirkan perkara-perkara yang difikirkan sesuai dalam perjuangan UMNO Sabah,” katanya kepada UMNO-Online, di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan seterusnya melahirkan keyakinan PAU 2019 akan terus dinanti-nantikan oleh bukan sahaja ahli parti serta pendokong malah rakyat di luar sana.

“Saya yakin dan percaya PAU kali ini akan mendapat sambutan bukan sahaja dari ahli-ahli UMNO tetapi masyarakat di luar sana. Insya Allah kita akan terus berjuang untuk rakyat Malaysia,” ujarnya.– UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.