Raptai Penuh Tanda Perhimpunan Agung UMNO 2019 Bakal Bermula

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Raptai penuh perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berlangsung pagi ini sebagai tanda persidangan terbesar bangsa Melayu bakal bermula.

Raptai bermula seawal 7.30 pagi dengan diketuai oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan.

Raptai ini membabitkan upacara menaikkan bendera sayap-sayap UMNO disusuli dengan nyanyian lagu parti ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.

Sebelum itu, acara perbarisan oleh Skuad Sabil dan Skuad Sayang berlangsung dengan penampilan kali pertama dalam persidangan tersebut.

Perhimpunan Agung UMNO 2019 bakal berlangsung selama empat hari bermula 4-7 Dis ini. Pelbagai acara dalam dan luar dewan telah dirancang dengan jangkaan kehadiran ahli-ahli UMNO dan para penyokong parti dari seluruh negara. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.