Pembangunan Putrajaya Perlu Jadi Cerminan Kejayaan Negara – Annuar

PUTRAJAYA, 17 Mac – Konsep pembangunan Putrajaya di masa depan perlu menjadi cerminan kepada kejayaan negara dari sudut perancangan, seni bina dan pengurusan alam sekitar, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata Putrajaya berkembang pesat menjadi bandar pentadbiran bertaraf dunia yang sering menjadi rujukan negara lain sejak pembukaannya 25 tahun lepas “Untuk itu, kita akan pastikan pembangunan […]

» Read more

Penangguhan Persidangan Cawangan Selaras Dengan Arahan Semasa – Ahmad Maslan

    KUALA LUMPUR, 17 Mac – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata persidangan UMNO cawangan yang berlangsung seluruh negara sehingga ianya ditangguhkan semalam berjalan lancar dan sarat dengan pelbagai perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli di akar umbi. Menurut beliau selaras dengan arahan yang dikeluarkan semalam oleh kerajaan, parti itu turut mengambil tindakan sedemikian rupa dengan menangguhkan sementara […]

» Read more

Bekalan Barangan Keperluan Mencukupi – Menteri KPDHNEP

PUTRAJAYA, 17 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan barangan keperluan adalah mencukupi dan orang ramai tidak perlu melakukan pembelian panik. Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata beliau sudah mengarahkan kesemua 2,500 pegawai penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara untuk turun padang bagi memastikan pasar raya mengisi semula barangan keperluan dan tidak menaikkan […]

» Read more

Kerajaan Singapura Bantu Majikan Sedia Penginapan Sementara Kepada Pekerja Malaysia

SINGAPURA, 17 Mac – Agensi kerajaan dan persatuan perdagangan di Singapura bersedia membantu majikan tempatan untuk menyediakan penginapan sementara di republik itu untuk pekerja-pekerja Malaysia. Memetik Menteri Perdagangan dan Industri republik itu, Chan Chun Sing sebagai berkata, The Straits Times melaporkan majikan pekerja Malaysia yang perlu menempatkan kakitangan mereka di penginapan sementara itu boleh mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan dan […]

» Read more

COVID-19: MB Minta Rakyat Perlis Jangan Panik

KANGAR, 17 Mac – Rakyat Perlis dinasihatkan jangan panik dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diiystiharkan kerajaan bermula esok bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini kerana mereka masih boleh keluar dari rumah dan kedai-kedai tetap dibuka. Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata salah faham akan arahan itu telah menyebabkan rakyat di negeri itu panik dan menyerbu pasar raya dan […]

» Read more

Tiada Agensi Dilantik Jalankan Imunisasi COVID-19 Di Rumah – MKN

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk menjalankan imunisasi COVID-19 dari rumah ke rumah. Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan menasihatkan agar semua pihak berhati-hati dengan taktik terkini pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap situasi COVID-19 yang berlaku sekarang. “Jangan benarkan sesiapa masuk ke rumah anda untuk tujuan itu (imunisasi),” menurut kenyataan itu. […]

» Read more

Kiasu, Kiasi… Belilah Sekadar Perlu, Perintah Kawalan Pergerakan Bukan Perintah Berkurung – Mike Chong

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Ahli Jawatankuasa Pemuda MCA Pusat Mike Chong Yew Chuan dalam satu hantarannya di Facebook, mengajar dua patah perkataan bahasa Hokkien hari ini iaitu ‘kiasu’ dan ‘kiasi’ masing-masing bermaksud takut kalah dan takut mati. Katanya, sememangnya kiasi (takut mati) lebih menakutkan daripada kiasu (takut kalah), tetapi apa yang berlaku dengan segelintir rakyat Malaysia sekarang bukan kiasi, […]

» Read more

Penganggur Didenda RM6,000 Hina Agong Dalam Facebook

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Seorang penganggur hari ini didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam laman sosial Facebooknya, awal Mac lepas berhubung kemelut politik baru-baru ini. Hakim M.M Edwin Paramjothy turut memerintahkan Ooi Wei Siong, 38, menjalani hukuman penjara tiga bulan, jika gagal […]

» Read more

Perintah Kawalan Pergerakan: Abdul Rahman Kemuka Beberapa Cadangan

TUARAN, 17 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mencadangkan beberapa langkah kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri Kabinetnya di dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai esok hingga 31 Mac ini yang meliputi seluruh negara. Katanya dalam satu kenyataan, antara cadangan yang disentuh adalah kerajaan tidak perlu mengumumkan dasar yang tidak […]

» Read more

Annuar Musa Dilantik SUA BN, Tengku Adnan Kekal Bendahari, Datuk Sahfri Setiausaha Eksekutif

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa Dewan Tertinggi BN hari ini telah memutuskan beberapa perkara penting yang berkaitan dengan situasi negara dan politik semasa termasuk melakukan rombakan struktur kepimpinannya. Katanya, BN melantik Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. “Datuk Seri Tengku […]

» Read more
1 … 2,027 2,028 2,029 2,030 2,031 … 2,380