PAS Minta PKR Tidak Bertanding Di Chini

KOTA BHARU, 27 Mei – PAS meminta pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR), untuk tidak bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, yang akan berlangsung pada 4 Julai.h Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, selain pembangkang sukar untuk memenangi DUN itu dan menjimatkan belanja, adalah sukar untuk mana-mana pihak berkempen, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan […]

» Read more

Gubal Akta, Cari Kaedah Holistik Kawal Penjualan Dan Pengambilan Minuman Keras – Asyraf

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Pemuda UMNO hari ini memberikan beberapa cadangan termasuk langkah jangka pendek serta jangka panjang berhubung isu pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam yang makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sebagai langkah jangka pendek dan segera, pergerakan itu mendesak agar cadangan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 […]

» Read more

Agong Zahir Takziah Pemergian Tokoh Wartawan Ahmad A. Talib

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada isteri dan seluruh ahli keluarga tokoh wartawan Datuk Ahmad A. Talib, yang meninggal dunia hari ini, selepas bertarung dengan kanser hati. Menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham, Yang di-Pertuan Agong berharap agar […]

» Read more

COVID-19: 187 Kes Baharu, Kebanyakannya Warga Asing – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 26 Mei – Sebanyak 187 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan di Malaysia hari ini, dengan sebahagian besarnya membabitkan individu bukan warganegara. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan tujuh warganegara Malaysia dan tiga pemastautin tetap atau pasangan kepada warganegara Malaysia, manakala 177 […]

» Read more

Bawa Penumpang Ikut Kapasiti Kenderaan Persendirian Bermula Esok

PUTRAJAYA, 26 Mei – Bermula esok, pemandu kenderaan persendirian boleh membawa penumpang mengikut kapasiti kenderaan masing-masing yang sebelum ini dihadkan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan selain daripada ahli keluarga, penumpang mestilah terdiri daripada orang yang tinggal serumah dengan pemandu. “Jika multi purpose vehicle (MPV) […]

» Read more

Penyediaan Taska Khas Untuk Anak Barisan Hadapan, Selaras SOP Di Negara Luar

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Penyediaan taska khas kepada anak-anak petugas barisan hadapan yang sedang dikaji Kementerian Kesihatan (KKM) khususnya pasukan kesihatan adalah selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di negara luar. Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata SOP itu dilihat melalui amalan terbaik yang dilaksanakan Centre for Disease Control, […]

» Read more

Polis Siasat Upacara Perkahwinan Di Kuil Semasa PKPB – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 25 Mei – Polis sedang menyiasat satu majlis perkahwinan yang dilangsungkan di sebuah kuill Hindu di Serdang yang didakwa dihadiri ratusan tetamu, kata Menteri Kanan (Kluster) Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata berkata tindakan tersebut nyata melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) kelonggaran rumah ibadat kaum lain yang hanya akan bermula pada 10 Jun depan. “Apa yang berlaku […]

» Read more

207 Pendatang Tanpa Izin Positif COVID-19 – KP Imigresen

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Seramai 207 daripada 13,929 pendatang tanpa izin yang ditahan di tiga Depot Tahanan Imigresen di Semenanjung Malaysia didapati positif jangkitan virus COVID-19. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata daripada jumlah itu, 110 daripadanya telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) untuk mendapatkan rawatan. “Baki pendatang […]

» Read more

COVID-19: 60 Kes Baharu, 33 Pulih, Tiada Kematian – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Kes positif COVID-19 yang direkod hari ini menunjukkan peningkatan berbanding semalam apabila 60 kes baharu dilaporkan, dengan tujuh daripadanya merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,245 kes. “Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 […]

» Read more

Raikan Aidilfitri Ikut Kebiasaan Baharu

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Budaya saling berkunjung sudah menjadi amalan dalam masyarakat Islam pada sambutan Aidilfitri sepanjang bulan Syawal, bertepatan dengan konsep rumah terbuka dan menerima kunjungan tetamu. Bagaimanapun, tahun ini, tradisi tersebut terpaksa dikorbankan dengan kebiasaan baharu susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak COVID-19. Ini termasuk amalan balik kampung di musim perayaan terpaksa dilupakan […]

» Read more
1 … 1,967 1,968 1,969 1,970 1,971 … 2,378