Tingkatkan Waspada Biarpun Kempen PRK Slim Tenang – Mohamad

TANJUNG MALIM, 26 Ogos – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan jentera  agar meningkatkan waspada biarpun kempen Pilihan Raya Kecil (PRK)  Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berlangsung dalam suasana yang tenang. Menurut beliau tempoh berkempen yang menghampiri hari pengundian merupakan saat-saat yang cukup penting dan jentera pelbagai peringkat perlu sama-sama meneruskan gerak kerja untuk memastikan kemenangan […]

» Read more

Lebih Ramai Pakar Genetik Diiperlukan Untuk Kesan Talasemia Di Peringkat Awal – Adham Baba

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Negara memerlukan lebih ramai lagi pakar genetik untuk mengesan pesakit talasemia di peringkat awal, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata langkah ini sekali gus dapat mengawal dan mencegah penyakit talasemia dalam kalangan masyarakat khasnya mereka dalam kategori pembawa. “”Penyakit talasemia boleh dicegah sebenarnya jika kita dapat kesan pembawa di peringkat awal. […]

» Read more

PKPP: Tidak Lagi Wajib Bawa Sejadah Untuk Solat Berjemaah Di Masjid – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini bersetuju untuk tidak lagi mewajibkan individu yang ingin menunaikan solat berjemaah di masjid membawa sejadah sendiri, kata kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Namun begitu, beliau berkata penggunaan sejadah sendiri adalah digalakkan dan pemakaian pelitup muka masih diwajibkan. Ismail Sabri […]

» Read more

AUKU 1971 Masih Relevan, Namun Terbuka Untuk Tambah Baik – Noraini

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) masih relevan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad. Bagaimanapun, beliau berkata kementerian sentiasa terbuka terhadap cadangan dan pandangan bagi menambah baik akta itu termasuk memperkasakan jawatankuasa teknikal AUKU yang terdiri daripada pakar undang-undang, ahli akademik dan bukan akademik daripada universiti awam dan swasta serta penuntut dan […]

» Read more

Kedah Peruntuk RM2.9 Juta Untuk Rakyat Terjejas Oleh COVID-19

ALOR SETAR, 25 Ogos – Kerajaan Kedah memperuntukkan sebanyak RM2.9 juta sebagai inisiatif bagi meringankan beban rakyat di negeri itu yang terjejas oleh penularan wabak COVID-19. Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata bantuan itu diagihkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan sebelum ini. “Sebanyak 9,678 penduduk di negeri ini menerima bantuan […]

» Read more

PKPDB Di Perlis Dan Kedah Tamat Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar (PKPDB) di dua buah kampung di Perlis dan empat mukim di Kedah akan ditamatkan esok, iaitu lebih awal daripada yang dijadualkan pada 31 Ogos, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya keputusan itu diambil selepas tiada kes positif baharu dikesan setelah kesemua penduduk di kawasan […]

» Read more

Edar Jalur Gemilang Semasa Kempen Tidak Sepatutnya Dipolitikkan – Zahidi

TANJUNG MALIM, 25 Ogos – Sumbangan Jalur Gemilang oleh Jabatan Penerangan Malaysia kepada orang ramai di sekitar Slim River di sini tidak sepatutnya dipolitikkan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin. Beliau berkata jabatan itu berperanan memupuk semangat patriotik dan cintakan negara, lebih-lebih lagi menjelang Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini. “Itu adalah tugas kementerian jadi kalau […]

» Read more

Murid 12 Tahun Ke Bawah Dibenar Hanya Pakai Pelindung Muka – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dibenarkan untuk hanya memakai pelindung muka ketika ke sekolah, tanpa perlu memakai pelitup muka pakai buang, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Keputusan itu dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini dan dipersetujui Kementerian Kesihatan (KKM), katanya pada sidang media […]

» Read more

RUU Langkah Sementara Kurangkan Kesan Penyakit COVID-19 Sokong Inisiatif PRIHATIN, PENJANA

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Rang Undang-undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 bersifat menyokong inisiatif pemulihan ekonomi oleh kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Ketika membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata RUU tersebut memberi […]

» Read more

Permohonan BRF Bagi Syarikat Bumiputera Terjejas COVID-19 Kini Dibuka – Noh Omar

SHAH ALAM, 25 Ogos – Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) membuka permohonan bagi pembiayaan inisiatif khas, Pembiayaan Mudah Bumiputera (BRF) berjumlah RM200 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bermula hari ini. Pengerusi PUNB, Tan Sri Noh Omar berkata inisiatif itu menawarkan pembiayaan antara RM100,000 hingga RM1 juta bagi membantu syarikat bumiputera yang terjejas akibat COVID-19 untuk meneruskan […]

» Read more
1 1,789 1,790 1,791 1,792 1,793 2,262