Tuduh BN Pencuri, Sebenarnya Kamulah Pencuri – Rahman Dahlan

SEMENYIH, 27 Feb – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, Pakatan Harapan (PH) melempar pelbagai tuduhan kepada Barisan Nasional (BN) kononnya pencuri tetapi sebenarnya merekalah pencuri. Jelas beliau, PH dan Warisan mencuri ramai pemimpin UMNO di Sabah namun yang pasti UMNO Sabah terus kukuh kerana kekuatan parti keramat ini bukan kepada pemimpin tetapi adalah kerana […]

» Read more

UMNO Dan PAS Terus Kongsi Pentas Di Semenyih Kempen Untuk BN

SEMENYIH, 27 Feb –  UMNO dan PAS terus menggembleng tenaga dalam usaha memberi keyakinan kepada masyarakat khususnya kalangan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih untuk memilih calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi pada hari mengundi Sabtu ini. Bertempat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Bukit Mahkota, pimpinan antara kedua-dua parti berkenaan bergabung tenaga antaranya Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Md. […]

» Read more

Tol Percuma Waktu Tidur: Tawaran Tidak Ikhlas Kerajaan

SEMENYIH, 27 Feb – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan pengumuman kerajaan berkaitan tol percuma di waktu malam adalah satu tawaran tidak ikhlas. Jelas beliau, ini juga sebenarnya adalah gula-gula kerajaan khususnya menjelang hari mengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. “Ada tiga siri gula-gula… yang pertama RM100 untuk anak muda, kedua […]

» Read more

‘Komitmen Kami Menangkan Zakaria  Di PRK Semenyih’ – Bekas Timbalan Speaker DUN Selangor

SEMENYIH, 27 Feb – Bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ustaz Shafie Ngah menyifatkan kebersamaan UMNO dan PAS pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih bukan hubungan ragu-ragu dan pada masa yang sama turut menunjukkan komitmen untuk turun bersama jentera ke akar umbi bagi meyakinkan pengundi untuk memilih calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi. “Kita akan terus ke […]

» Read more

Sekolah Vernakular : Kenyataan Nazri Pandangan Peribadi Bukan Mewakili Pendirian UMNO

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Haji Hasan menegaskan kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung status sekolah vernakular di Malaysia baru-baru ini adalah pandangan peribadi yang tidak mewakili pendirian dan pandangan UMNO. Jelas beliau UMNO, sebagai sebuah parti sangat menghormati dan memahami keperluan sekolah vernakular di Malaysia. “UMNO berpendirian sekolah jenis ini perlu terus […]

» Read more

Pendedahan Rasuah Projek Terowong: Guan Eng, DAP Usah Berdiam

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) melalui portal berita Malaysia Today telah membuat satu pendedahan yang teramat serius, jika benar, berhubung rasuah dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (LGE), dan beberapa pemimpin kanan Dap, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Soal beliau, bagaimanakah RPK boleh mendedahkan […]

» Read more

PH Perlu Belajar Terima Realiti Kesan Dendangan Janji Dan Harapan Palsu Mereka

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memenuhi janj-janjinya sendiri serta harapan sekadar tinggal harapan seharusnya menjadi satu hakikat yang perlu mereka akui, jelas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Ujarnya, PH akhirnya ‘berpijak di bumi yang nyata’ apabila apa yang didendangkan ketika menjadi pembangkang tidak semudah untuk dilaksanakan ketika diberi tanggungjawab oleh rakyat sebagai kerajaan. […]

» Read more

PRK Semenyih: Rakyat Luah Rasa Tidak Puas Hati Pentadbiran PH

SEMENYIH, 26 Feb – Sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pucuk pimpinan 9 Mei lalu, ramai yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan corak pentadbiran yang ditunjukkan. Di media sosial juga jelas dapat dilihat bagaimana rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kegagalan kerajaan PH menunaikan janji 100 hari mereka. Semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang lalu, juga […]

» Read more

Kerajaan PH Hanya Sibuk Berpolitik, Pengundi Semenyih Perlu Beri ‘Wake-Up Call’– Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih adalah golongan terpenting bagi memberi ‘wake up call’ kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sibuk berpolitik tanpa menghiraukan rakyat yang perlu dibantu, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Katanya, kerajaan PH hanya sibuk dengan politik, sibuk nak merampas ‘ghanimah’ (rampasan perang), sibuk […]

» Read more

UMNO Rakam Ucapan Takziah Atas Pemergian Setiausaha UMNO Bahagian Cameron Highlands

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Setiausaha UMNO Bahagian Cameron Highlands, Datuk Zailaluddin Zainol yang telah kembali ke Rahmatullah pada tengahari tadi. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian tersebut menerusi catatan Facebooknya. “Allahyarham merupakan pegawai khas dan sahabat karib saya. […]

» Read more
1 1,784 1,785 1,786 1,787 1,788 1,910