UMNO Rakam Ucapan Takziah Atas Pemergian Setiausaha UMNO Bahagian Cameron Highlands


KUALA LUMPUR, 26 Feb – Seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Setiausaha UMNO Bahagian Cameron Highlands, Datuk Zailaluddin Zainol yang telah kembali ke Rahmatullah pada tengahari tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian tersebut menerusi catatan Facebooknya.

“Allahyarham merupakan pegawai khas dan sahabat karib saya.

“Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Surah Al-Fatihah kepada roh beliau dan kita doakan agar Allah Subhanahu Wata’ala menempatkan rohnya bersama kalangan orang-orang yang beriman,” ujarnya.

Ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Allahyarham merupakan antara orang yang penting dalam mengatur serta melaksanakan gerak kerja kempen Barisan Nasional sehingga memperoleh kemenangan.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin…. – MediaUMNO.