Pendedahan Rasuah Projek Terowong: Guan Eng, DAP Usah Berdiam


KUALA LUMPUR, 26 Feb – Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) melalui portal berita Malaysia Today telah membuat satu pendedahan yang teramat serius, jika benar, berhubung rasuah dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (LGE), dan beberapa pemimpin kanan Dap, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Soal beliau, bagaimanakah RPK boleh mendedahkan sesuatu “from the MACC files”, dan tidakkah kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sesuatu yang sulit dan tertakluk kepada OSA?

“Perkara sebegini bukan saja mengejutkan rakyat tetapi boleh menjejaskan reputasi agensi penting seperti SPRM,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu tegas beliau, LGE seharusnya membuat laporan polis mengenai kebocoran dokumen SPRM.

“LGE dan pimpinan Dap juga patut mengambil tindakan menyaman RPK dan mempertanggungjawabkan RPK atas tulisannya.

“SPRM diminta segera mengambil kenyataan RPK, bagaimana beberapa dokumen SPRM dikatakan telah diperolehi oleh RPK,” katanya beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh.

Dilaporkan, RPK mendedahkan melalui portal Malaysia Today, kerjasama jenayah antara Peguam Negara, SPRM dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang menyembunyikan rasuah berkaitan dengan terowong bawah laut selain menyembunyikan jumlah sogokan yang Guan Eng dan beberapa pemimpin dari PH telah terima. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.