Johor Harap Rundingan Buka Sempadan Bersambung Semula Susulan Pelaksanaan Imunisasi

JOHOR BAHRU, 1 Mac – Johor mengharapkan rundingan berkaitan aturan perjalanan di antara Malaysia dan Singapura termasuk membuka semula sempadan di antara kedua-dua negara akan bersambung semula susulan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. “Pembukaan semula sempadan, gelembung perjalanan hijau serta aturan-aturan lain perlu dipertimbang semula sebaik sahaja program vaksinasi ini selesai,” kata Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad. Beliau berkata […]

» Read more

Yang Di-Pertuan Agong Zahir Ucapan Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Malaysia Ke-88

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat Malaysia ke-88 kepada seluruh warga angkatan Tentera Darat, termasuk veteran dan semua yang pernah berkhidmat. Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook menyatakan Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota angkatan Tentera Darat, khususnya […]

» Read more

Johor Jamin Tidak Ada Pilih Kasih Beri Vaksin COVID-19

JOHOR BAHRU, 1 Mac – Kerajaan Johor memberi jaminan bahawa proses pemberian vaksin imunisasi COVID-19 akan dijalankan di negeri itu mengikut senarai yang dimuktamadkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata sehubungan itu, masyarakat tidak perlu bimbang akan timbul isu pilih kasih. “Senarai (penerima vaksin) dibuat oleh kerajaan negeri tetapi ia tetap dikemukakan kepada pihak kementerian (KKM) […]

» Read more

Data Peribadi Penerima Vaksin Tidak Dikongsi Dengan Syarikat Pengeluar – Khairy

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Kerajaan memberi jaminan data peribadi rakyat yang mendaftar untuk menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak akan didedahkan kepada syarikat pengeluar vaksin terlibat. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin menegaskan data yang mungkin akan dikongsikan dengan syarikat farmaseutikal terlibat hanyalah maklumat berkaitan kesan sampingan selepas imunisasi (AEFI) dilakukan. “Rakyat tidak […]

» Read more

Tarikh 8 Mac Parlimen Bersidang Tidak Lagi Terpakai Setelah Darurat Dikuat Kuasa

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Tarikh 8 Mac untuk persidangan Dewan Rakyat seperti yang dilaporkan oleh beberapa media adalah tarikh takwim asal yang tidak lagi terpakai setelah Ordinan Darurat dikuat kuasa, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon. Beliau berkata hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil Parlimen bersidang seperti yang diperuntukkan menerusi Sekysen 12(1)(b) iaitu […]

» Read more

PKPD Asrama Pekerja Imperial Garments Di Flat Anjung Tawas Damai Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di asrama pekerja Imperial Garments Flat Anjung Tawas Damai, Perak selama 14 hari bermula esok, susulan peningkatan kes secara mendadak di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata, keputusan itu diambil setelah penilaian risiko dijalankan yang […]

» Read more

Beritahu Saya Jika Ada Langkau Giliran Untuk Vaksin COVID – Khairy

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Khairy Jamaluddin mahu mereka yang mempunyai maklumat tentang individu melangkau giliran bagi menerima vaksin itu agar melaporkannya terus kepada beliau. Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata beliau telah memaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tentang pentingnya memastikan tidak berlaku “potong barisan”. “Saya pandang […]

» Read more

Polis Labuan Buka Kertas Siasatan, Bantah Laungan Azan

LABUAN, 28 Feb – Polis Labuan telah membuka kertas siasatan berkaitan tiga laporan polis berhubung hantaran melalui aplikasi Facebook membantah laungan azan di Masjid Sultan Muhammad V. Pemangku Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, siasatan telah dimulakan dari pelbagai sudut bagi menyelesaikan isu sensitif berkenaan. “Kita mengambil berat kepada laporan yang dibuat berkaitan hantaran di platform sosial […]

» Read more

Pelancong Ke Melaka Berkurang Lebih 70 Peratus Tahun Lepas

MELAKA, 28 Feb – Pandemik COVID-19 memberikan kesan kritikal kepada semua sektor ekonomi di negeri ini terutamanya sektor pelancongan, dengan penurunan kehadiran pelancong melebihi 70 peratus tahun lepas. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata berbanding pada 2019, Melaka telah menerima seramai 18.7 juta pelancong, dengan jumlah pendapatan sebanyak RM21.298 billion. Katanya sebagai negeri yang tersohor dengan aktiviti […]

» Read more

Empangan Hidroelektrik Di Neggiri Dijangka Dapat Atasi Masalah Banjir

KOTA BHARU, 28 Feb – Projek pembinaan empangan jana kuasa hidroelektrik yang akan dibina di Neggiri, Gua Musang dijangka dapat mengatasi masalah banjir di Kelantan. Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekiranya ada empangan berkenaan itu nanti, ia akan menjadi sistem tebatan banjir yang dapat menyekat pengaliran air ke dalam sungai yang boleh menyebabkan berlakunya banjir. […]

» Read more
1 1,673 1,674 1,675 1,676 1,677 2,267