Lebih 20 Juta Vaksin COVID-19 Telah Diberikan Menerusi PICK

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Sebanyak 20,014,549 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Feb sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Dr Adham menerusi perkongsian infografik di Twitternya berkata daripada jumlah itu, sebanyak 13,500,479 merupakan suntikan vaksin dos pertama, manakala 6,514,070 lagi adalah dos kedua. “Mengikut peratusan, 41.3 […]

» Read more

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Pahlawan Kepada ATM, PDRM

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi hari ini, memaklumkan Seri Paduka berdua turut menzahirkan penghargaan kepada para perwira ATM […]

» Read more

PM Perlu Letak Jawatan, Kembalikan Demokrasi Berperlembagaan… Akur Titah Agong – Pemuda UMNO Terengganu

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Pergerakkan Pemuda UMNO Negeri Terengganu sependapat dengan desakan Pergerakan Pemuda UMNO Pusat agar Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin meletakkan jawatan di atas konflik perlembagaan yang mengundang murka Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sekian kalinya. Ketuanya, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, kegagalan Perdana Menteri dan kabinetnya mengurus pandemik COVID-19 di waktu ini […]

» Read more

Pembatalan Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong Adalah Satu Penderhakaan, Wajib Diambil Tindakan

SEREMBAN, 31 Julai – Wanita UMNO Negeri Sembilan merujuk kepada kenyataan Presiden dan Timbalan Presiden yang melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Perdana Menteri dan Menteri Undang-undang yang membatalkan Ordinan Darurat tanpa mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di Persidangan Parlimen pada Isnin lalu. Kata Ketuanya Latteffah Ali, pengisytiharan pembatalan yang dibuat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong adalah satu penghinaan dan penderhakaan […]

» Read more

Ahmad Zahid Jelaskan Mengapa UMNO Desak PM Letak Jawatan, Tapi Sokong PN…

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan penjelasan berkaitan persoalan mengapa UMNO desak Perdana Menteri letak jawatan namun kekal menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN). Ini kerana katanya, persoalan ini dijadikan propaganda pasukan siber anti-UMNO sedangkan perkara itu bukanlah suatu perkembangan baharu. “UMNO sebaliknya sejak lama konsisten dalam hal ini dan Datuk Seri […]

» Read more

Agong, Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Raja Arab Saudi Atas Sumbangan Perubatan Tangani COVID-19

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan penghargaan kepada Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud atas sumbangan perubatan negara itu bagi membantu Malaysia menangani pandemik COVID-19. Seri Paduka berdua turut menzahirkan penghargaan kepada Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz […]

» Read more

Sidang DUN Johor Sedia Berlangsung 12 Ogos, Semua Jalani Ujian Calitan

JOHOR BAHRU, 30 Julai – Dewan Undangan Negeri Johor sedia bersidang pada 12 Ogos ini seperti yang dititahkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar 23 Jun lepas. Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat berkata antara langkah persediaan yang diambil termasuk mewajibkan kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor menjalani ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum persidangan bermula. “Selain itu, […]

» Read more

PKPD Dikenakan Di 22 Lokaliti Di Sabah, Satu Di Pahang

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Sebanyak 22 lokaliti di Sabah dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Ahad ini hingga 14 Ogos. Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata di Sabah ia melibatkan enam lokaliti di Tawau iaitu Bandar Sabindo, Kampung Rancangan Sungai Tongkang, Taman Kukusan, Batu 2 Lorong Habib Abdul […]

» Read more

Program Vaksinasi ImmuPlan Akan Ditambah Baik – Hasni

JOHOR BAHRU, 30 Julai – Program vaksinasi ImmuPlan iaitu inisiatif kerajaan negeri Johor khusus untuk barisan hadapan ekonomi negeri itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan lebih ramai individu menerima vaksin COVID-19 menerusi program berkenaan. Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata penambahbaikan itu termasuk meningkatkan bekalan vaksin bagi membantu barisan hadapan ekonomi Johor termasuk pekerja Malaysia […]

» Read more

Derhaka Pada Agong: Pembatalan Ordinan Darurat Tanpa Bahas Di Parlimen, PM Perlu Berundur

SHAH ALAM, 30 Julai – Merujuk kepada kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Wanita UMNO Negeri Selangor kesal dengan tindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Undang-Undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang derhaka dengan tidak mematuhi perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk membentangkan ordinan darurat bagi dibahaskan dan diluluskan oleh sidang Parlimen yang bermula pada […]

» Read more
1 … 1,667 1,668 1,669 1,670 1,671 … 2,370