Vaksinasi Harian COVID-19 Melebihi 500,000 Dos Enam Hari Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Jumlah vaksinasi harian COVID-19 di negara ini mencatat angka melebihi 500,000 dos selama enam hari berturut-turut dengan 519,111 dos suntikan diberikan semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya berkata daripada jumlah yang diberikan semalam, sebanyak 316,492 adalah dos pertama manakala 202,619 lagi dos kedua. Secara kumulatifnya, sebanyak 20,533,660 dos […]

» Read more

PKPD Di Tujuh Lokaliti Di Sabah Dan Dua Di Pahang – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Tujuh lokaliti di Sabah dan dua di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Isnin ini, kata Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata di Sabah, lima lokaliti di Kota Kinabalu dikenakan PKPD sehingga 14 Ogos iaitu melibatkan Lorong Kuala Laut Likas; Kampung Warisan; Kampung Darau, Menggatal; Kampung […]

» Read more

Majlis Perbandaran Pontian Selari Hasrat Pembangunan Menyeluruh – Hasni

PONTIAN, 31 Julai – Penaiktarafan pihak berkuasa tempatan (PBT) Pontian kepada Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) selari dengan hasrat kerajaan negeri Johor yang menitikberatkan rancangan pembangunan kepada masyarakat secara menyeluruh. Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata pengiktirafan itu juga bakal meningkatkan hasil tahunan PBT berkenaan sekali gus dapat menyediakan perkhidmatan dan kemudahan lebih selesa kepada masyarakat setempat. “Pada hari ini, […]

» Read more

Kerajaan Negeri Perak Belanja Lebih RM68.1 Juta Untuk Pengurusan Berkaitan COVID-19

LENGGONG, 31 Julai – Kerajaan Negeri Perak telah membelanjakan lebih RM68.1 juta bagi segala keperluan dan urusan berhubung COVID-19 setakat Julai ini, kata Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad. Beliau berkata perbelanjaan tersebut meliputi RM46.2 juta yang melibatkan bantuan seperti edaran kotak makanan, keperluan petugas barisan hadapan, dan petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) manakala RM21.9 juta pula menerusi Pakej Rangsangan […]

» Read more

15 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kedah Tuntut PM Letak Jawatan

ALOR SETAR, 31 Julai – Kesemua 15 Ketua Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini sepakat menuntut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan bersama seluruh barisan Kabinet dan Peguam Negara, serta-merta. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Mohd Fadzil Zolkipli berkata, tuntutan itu dibuat berikutan penderhakaan Perdana Menteri serta barisan Kabinet terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa […]

» Read more

Risiko COVID-19, Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Pada Isnin Ditangguh

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Menerusi notis dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat bertarikh hari ini, pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penangguhan persidangan berkenaan selaras Peraturan Mesyuarat 11(3) Peraturan-peraturan […]

» Read more

Vaksinasi Secara ‘Walk-In’ Di Lembah Klang Mulai 2 Ogos

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Operasi vaksinasi tanpa janji temu (walk-in) akan bermula di beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih di Lembah Klang, Isnin ini (2 Ogos), kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin. Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, vaksinasi secara tanpa janji temu itu dimulakan di Lembah Klang, setelah Operasi Lonjakan Kapasiti […]

» Read more

600 Veteran Tentera, Orang Asli Dilantik Sebagai Renjer Hidupan Liar

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melantik 600 Veteran Angkatan Tentera Malaysia (VAT) dan Orang Asli (OA) sebagai renjer hidupan liar di bawah Program Perlindungan Biodiversiti dan Rondaan (BP3) sehingga Jun lepas. Menterinya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pelantikan itu bagi meningkatkan bilangan renjer selain sebagai pengiktirafan kerajaan terhadap peranan anggota tersebut yang […]

» Read more

Agong Isytihar Darurat Di Sarawak Sehingga 2 Feb Tahun Depan

KUCHING, 31 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat (Sarawak) di seluruh negeri itu mulai 2 Ogos ini sehingga 2 Feb tahun depan, sekali gus menggantung pilihan raya negeri (PRN) daripada diadakan dalam tempoh berkenaan. Dalam satu warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 30 Julai, Seri Paduka berpuas hati darurat besar iaitu wabak COVID-19 […]

» Read more

Lebih 20 Juta Vaksin COVID-19 Telah Diberikan Menerusi PICK

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Sebanyak 20,014,549 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Feb sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Dr Adham menerusi perkongsian infografik di Twitternya berkata daripada jumlah itu, sebanyak 13,500,479 merupakan suntikan vaksin dos pertama, manakala 6,514,070 lagi adalah dos kedua. “Mengikut peratusan, 41.3 […]

» Read more
1 … 1,666 1,667 1,668 1,669 1,670 … 2,370