PUMAS Sasar Penyertaan 10,000 Usahawan Menjelang Hujung Bulan Ini – Noh

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Seramai 10,000 usahawan disasar untuk menyertai iniasitif Perintis Usahawan Malaysia (PUMAS) menjelang akhir bulan ini. Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) Tan Sri Noh Omar, inisiatif yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Perintis Malaysia (MyPerintis) itu diharap dapat menjadi platform untuk menarik minat anak muda menyertai sektor keusahawanan. “Saya juga mengalu-alukan yayasan atau pertubuhan bukan […]

» Read more

Dr Asyraf Bidas Tengku Zafrul Tidak Beri Gambaran Sebenar Isu KWSP

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak memberi gambaran sebenar isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bidasnya, Tengku Zafrul hanya mengemukakan pelbagai alasan dangkal kerana dari awal beliau sememangnya mahu menolak i-Citra. “Yang sebenarnya, KWSP tidak perlu menjual aset kewangan pegangan […]

» Read more

Projek RTS Link Johor Bahru-Singapura Capai Kemajuan 10 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Tahap kemajuan kerja projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura kini mencapai hampir 10 peratus, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata proses pengambilan tanah selesai dan reka bentuk infrastruktur juga telah dimuktamadkan, manakala kerja-kerja tanah, pengalihan utiliti serta kerja pemasangan cerucuk sedang dilaksanakan ketika ini. “Kementerian Pengangkutan memberi tumpuan […]

» Read more

Kejayaan BN Sabtu Lalu Kemenangan Untuk Kestabilan Johor

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu lalu adalah kemenangan yang diiinginkan oleh rakyat negeri itu dalam usaha menstabilkan kerajaan negeri demi masa depan yang lebih stabil. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Petaling Jaya, Datuk Mutalif Rahim berkata kepercayaan yang diberikan oleh pengundi Johor itu juga adalah satu tanda dan petunjuk […]

» Read more

PAU 2021 Dilaksana Bersemuka, 5,571 Perwakilan Bakal Hadir – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 tidak akan diadakan secara hibrid sepertimana dilaksanakan sebelum ini, namun ianya akan berjalan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepertimana yang digariskan oleh pihak berkaitan. Menurut beliau SOP seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, penggunaan sanitasi dan MySejahtera antara yang akan menjadi […]

» Read more

Semangat PRN Johor Dibawa Ke PAU 2021, Penyertaan Wanita Dalam Perbarisan Dirai

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Penyertaan Wanita UMNO Malaysia melalui Skuad Sayang dalam perbarisan sempena pembukaan Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2021) memberi pengertian yang mendalam sebagai tulang belakang parti keramat ini, kata Naib Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Noor Aieni Mohd Ali. Malah katanya, ia juga menambahkan gelora semangat perjuangan apabila Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh kemenangan luar biasa […]

» Read more

PAU 2021: Isu COVID-19, Ekonomi Rakyat, Pendidikan Antara Tumpuan

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Isu menangani COVID-19, ekonomi rakyat, pendidikan, hubungan antara kaum serta pendidikan antara yang akan dibincangkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Ahmad bagaimanapun berkata beliau tidak menolak kemungkinan isu mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan turut disentuh perwakilan. “Mereka (jurucakap) bebas bercakap asalkan tidak sentuh perkara sensitif,” […]

» Read more

MAHB Bersama KKM, MKN, Ambil Langkah Tambah Baik Pengendalian Jemaah Umrah Di KLIA

MANJUNG, 14 Mac – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bersama-sama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengambil langkah bagi menambah baik urusan pengendalian jemaah umrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seperti yang dibangkitkan di media sosial ketika ini. Pengerusi MAHB Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perbincangan secara berterusan akan diadakan untuk mencari jalan […]

» Read more

PAU 2021 Bawa Aura Berbeza Selepas Kemenangan Besar PRN – Sumali

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan berpandangan Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) kali ini membawa aura yang berbeza selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu. Katanya, semestinya perwakilan dan ahli UMNO juga akan ternanti amanat disampaikan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta perbahasan oleh […]

» Read more
1 … 1,452 1,453 1,454 1,455 1,456 … 2,363