Dr Asyraf Bidas Tengku Zafrul Tidak Beri Gambaran Sebenar Isu KWSP

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak memberi gambaran sebenar isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bidasnya, Tengku Zafrul hanya mengemukakan pelbagai alasan dangkal kerana dari awal beliau sememangnya mahu menolak i-Citra.

“Yang sebenarnya, KWSP tidak perlu menjual aset kewangan pegangan KWSP ke dalam pasaran seperti mana yang disebut oleh Menteri Kewangan bagi mencairkan aset untuk pelaksanaan i-Citra.

“Kerajaan punya kuasa bagi mengarahkan Bank Negara untuk membeli sementara aset-aset Kewangan KWSP yang hendak dicairkan.

“Bank Negara hanya perlu membeli aset KWSP itu, di mana aset Kewangan KWSP akan ditukar dengan newly created Reserves oleh Bank Negara (tiada cetak wang berlaku). Impaknya adalah; balance sheet Bank Negara akan meningkat, itu sahaja,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Jelas Dr Asyraf, sekiranya kaedah ini dilaksanakan, tiada masalah kecairan mahupun kejatuhan harga aset kewangan akan berlaku seperti yang Tengku Zafrul gambarkan.

“Oeh kerana kaedah ini tidak menyebabkan harga bond kerajaan (MGS – Malaysian Government Securities) jatuh, maka kadar bunga pasaran bagi bond kerajaan juga tidak akan naik.

“Malah, disebabkan cara ini akan menambahkan rizab kecairan (liquidiy reserves) dalam pasaran, maka ia berupaya untuk menyebabkan kadar faedah bond kerajaan menurun, bukan meningkat seperti apa yang digambarkan oleh Menteri Kewangan,” katanya.

Tambah Dr Asyraf lagi, kaedah ini dinamakan sebagai ‘Unconventional Monetary Policy’ dan ianya dilaksanakan secara meluas oleh Bank Pusat di Eropah, USA, Jepun, Australia, Indonesia dan beberapa negara lain bagi menstabilkan pasaran kewangan ketika pandemik ini.

“Lagipun seperti mana tulisan saya sebelum ini, pengeluaran kali terakhir ini tidaklah sampai RM63 bilion yang digambarkan. Paling banyakpun mungkin lebih sikit daripada i-Citra terdahulu iaitu sekitar RM20 bilion atau hanya 2% daripada jumlah aset pelaburan KWSP RM1 trilion.

“Nak seribu daya, tak nak seribu dalih! Janganlah angkuh sangat, dengarlah suara hati rakyat yang amat susah di bawah,” tegasnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.