BN Umum Calon PRN Melaka, Ab Rauf Kekal Di Tanjung Bidara

AYER KEROH, 24 Okt – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh malam ini mengumumkan 21 senarai nama calon parti yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 ini. Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Ketua Menteri kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara. Antara nama penyandang […]

» Read more

Laungan ‘Melaka Lerr!’ ‘Kita Geng Biru’ Gegarkan MITC, Meriahkan Pelancaran Jentera BN

MELAKA, 24 Okt – “Mana Lagi… Melaka Lerr!”, “Kita Geng Biru”. Laungan penuh bertenaga itu bergema di segenap ruang Dewan MITC, mencetuskan suasana luar biasa meriah pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Dan Pengenalan Calon Barisan Nasional (BN) Melaka, hari ini. Sorakan demi sorakan bersahut-sahutan, diselang-seli laungan “Kita Geng Biru” dan “BN Sayang Melaka” serta “Hidup BN” yang membangkitkan semangat […]

» Read more

Gerak Kerja Penerangan, Sekretariat Digital UMNO Johor Terus Diperkukuh – Md Israk

JOHOR BAHRU, 24 Okt – Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor Md Israk Abdullah berkata perkongsian dan penerangan isu-isu semasa yang tuntas amat penting bagi memastikan barisan penerangan di peringkat bahagian dan Sekretariat Digital mempunyai kefahaman yang jelas, tepat dan menyeluruh dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Kata Exco Kerajaan Negeri Johor itu, pengalaman Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 dan Pilihan Raya […]

» Read more

PRN Melaka: BN Yakin Calon Berkaliber Mampu Raih Kemenangan

SEREMBAN, 23 Okt – Barisan Nasional (BN) yakin calon yang bakal diumumkan malam ini berupaya membawa kemenangan kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau percaya calon yang dipilih bukan sahaja berkaliber, malah mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat sekiranya diberi mandat. Katanya, beliau tidak mengetahui sama ada senarai calon […]

» Read more

‘Bawa Gelombang Biru Ke Melaka’

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin semangat dan kesiapsiagaan jentera parti di peringkat akar umbi menjadi kekuatan penting Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau yang juga Pengerusi BN berkata demikian selepas bertemu keluarga besar UMNO Bahagian Jasin malam tadi bagi meninjau sendiri persiapan jentera menghadapi PRN berkenaan. […]

» Read more

Belanjawan 2027: Hutang Melonjak RM1.38 Trilion, Mana Reformasi Fiskal?

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Kerajaan tidak boleh terus berbangga dengan angka peruntukan berbilion ringgit sedangkan persoalan disiplin fiskal, peningkatan hutang negara dan tekanan kos sara hidup rakyat masih belum terjawab, tegas Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib. Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat baru-baru ini, beliau mempersoalkan sama ada Belanjawan 2027 benar-benar berpaksikan kemampuan kewangan negara atau […]

» Read more

Kerajaan Pahang Peruntuk RM600,000 Perkasa Koperasi Kariah Masjid

PEKAN, 23 Okt – Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan RM600,000 menerusi Inisiatif Makmur Pahang bagi tahun ini untuk memperkasa Koperasi Kariah Masjid sebagai usaha memperluas peluang ekonomi masyarakat setempat, sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, koperasi kariah masjid mempunyai potensi besar untuk menjadi pemangkin ekonomi ummah, selain memperkukuh peranan masjid sebagai institusi […]

» Read more

Melaka Sayang Rakyat: Terus Amalkan Dengar Suara Hati Masyarakat

MASJID TANAH, 23 Okt – Pendekatan mesra rakyat terus menjadi pegangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang melihat pertemuan secara langsung dengan masyarakat sebagai ruang terbaik untuk mendengar suara hati serta memahami keperluan rakyat. Menurut beliau, pasar merupakan antara lokasi paling mudah untuk mendekati masyarakat, bertemu kenalan lama, beramah mesra dengan peniaga dan mendengar sendiri pelbagai cerita […]

» Read more

Pemuda BN Tambun Terus Perkukuh Kerjasama

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Hubungan dan kerjasama antara kepimpinan Pemuda parti komponen Barisan Nasional (BN) di Parlimen Tambun terus diperkukuh menerusi Perjumpaan Khas Kepimpinan Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun. Ketua Pemuda UMNO Tambun, Akmal Zharif Ahmad Kamal berkata perjumpaan itu yang diadakan beberapa hari lalu menjadi platform penting untuk mempererat hubungan antara kepimpinan Pemuda parti komponen, selain menyelaraskan […]

» Read more

BN Tenom Sedia Galas Tanggungjawab Lebih Besar Demi Rakyat

TENOM, 23 Okt – Barisan Nasional (BN) Tenom bersedia menggalas tanggungjawab lebih besar untuk memperjuangkan nasib rakyat, termasuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang, namun keputusan akhir diserahkan kepada pucuk pimpinan parti. Pengerusi BN Tenom, Datuk Raime Unggi berkata, BN mempunyai kekuatan jentera, pengalaman serta sokongan akar umbi untuk terus berkhidmat kepada masyarakat di kawasan berkenaan. Beliau yang juga […]

» Read more
1 … 12 13 14 15 16 … 2,350