Gobind… Jangan Terlalu Angkuh Dengan Kuasa – Nasrun

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Nasrun Nasaruddin menyelar kenyataan Gobind Singh Deo yang mencadangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya tidak lagi yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri. Tegasnya, kenyataan ini bukan sekadar teguran politik. Ia seolah-olah satu tekanan supaya Presiden UMNO menarik sokongan daripada Kerajaan […]

» Read more

Menteri DAP Wajar Ikut Jejak Anthony Loke, Pertahan Prinsip – Mohd Rafi

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berpandangan bahawa semua menteri dan timbalan menteri daripada DAP sewajarnya mengambil pendirian yang sama seperti Anthony Loke sekiranya tindakan meletakkan jawatan itu merupakan pendirian rasmi parti berkenaan. Beliau berkata, prinsip dan maruah perlu dipertahankan oleh setiap pemimpin, tanpa mengira kedudukan atau kepentingan politik masing-masing. […]

» Read more

Pengundi Luar Diseru Pulang, Tentukan Masa Depan

HANG TUAH JAYA, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood menyeru pengundi yang berada di luar Melaka supaya pulang menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, esok. Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya berkata, setiap undi amat bermakna dalam menentukan hala tuju […]

» Read more

UMNO Sabah, Jentera BN Setempat Perkukuh Solidariti Hadapi Saat Akhir Kempen

MELAKA, 13 Nov – Semangat setiakawan dan solidariti dalam keluarga besar Barisan Nasional (BN) terus diperkukuh menerusi pertemuan antara kepimpinan UMNO Sabah bersama jentera BN negeri Melaka dalam suasana santai dan penuh kemesraan. Pertemuan menerusi majlis perjumpaan dan makan tengah hari itu menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh semangat kebersamaan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memasuki fasa […]

» Read more

Mereka Tuduh Kita Sakau, Biar Rakyat Nilai! – Zambry

MELAKA, 13 Nov – Tuduhan dan serangan politik terhadap Barisan Nasional (BN) tidak akan mudah mempengaruhi rakyat kerana pengundi hari ini semakin matang untuk menilai sendiri fakta serta rekod sesebuah parti. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihak yang ketandusan program dan manifesto yang mampu menarik sokongan rakyat cenderung menggunakan pendekatan menyerang serta membina persepsi negatif […]

» Read more

PRN Melaka: Ab Rauf Serah Keputusan Kepada Pengundi

MELAKA, 13 Nov – Ketua Menteri Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh menyerahkan sepenuhnya kepada pengundi untuk menentukan pilihan masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 esok. Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara itu menyeru pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat masing-masing. “Pengundi jangan lupa esok yang pertama bawa kad pengenalan…keluar awal […]

» Read more

Langgar Perjanjian, Kembalikan Mandat Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa pemimpin Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP, PKR dan Amanah, tidak seharusnya terus mendesak pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) meletakkan jawatan dalam Kabinet serta agensi kerajaan. Sebaliknya, beliau mengingatkan bahawa pembentukan Kerajaan Perpaduan pada 23 November 2022 berasaskan dua perjanjian bertulis yang dipersetujui dan ditandatangani […]

» Read more

Jangan Ugut BN… Bubarkan Sahaja Parlimen – Hasmuni

PANTAI KUNDOR, 13 Nov – Kenyataan Gobind Singh Deo dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan desakan supaya Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta barisan Kabinet meletakkan jawatan disifatkan sebagai tidak konsisten sekiranya mereka sendiri tidak bersedia menghadapi kemungkinan pembubaran Parlimen. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Hasmuni Hassan berkata, jika […]

» Read more

Kalau Benar Dap Berprinsip, Letak Jawatan Jangan Sekadar Drama – Shaiful Hazizy

PANTAI KUNDOR, 13 Nov – Dap tidak seharusnya hanya bercakap soal prinsip dan mengugut untuk meletakkan jawatan secara terpilih, sebaliknya seluruh barisan menteri serta timbalan menteri parti itu perlu mengambil tindakan sama sekiranya benar-benar serius dengan pendirian mereka. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menegaskan, tindakan meletakkan jawatan tidak sepatutnya hanya melibatkan Setiausaha Agung Dap, Anthony […]

» Read more

Kekal Positif Hadapi Cabaran Saat Akhir Kempen – Mustafa

ALOR GAJAH, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, Datuk Dr Mustafa Musa yakin momentum kempen yang semakin positif mampu membantu parti mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini. Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, berkata perkembangan itu dapat dilihat menerusi penerimaan masyarakat sepanjang aktiviti kempen. “Saya […]

» Read more
1 … 13 14 15 16 17 … 2,385