Ahmad Zahid Ucap Tahniah Ab Rauf Teruskan Amanah Ketua Menteri Melaka

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Ab Rauf Yusoh atas pelantikan untuk meneruskan amanah sebagai Ketua Menteri Melaka. Beliau berkata, kepercayaan yang diberikan rakyat itu hadir bersama tanggungjawab besar untuk meneruskan usaha pembangunan yang telah dilaksanakan, selain memperkukuh kestabilan negeri demi kesejahteraan rakyat. “Kepercayaan yang diberikan […]

» Read more

Ab Rauf Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Bagi Penggal Kedua

AYER KEROH, 15 Nov – Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka bagi penggal kedua selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16. Pengerusi BN Melaka itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam dalam istiadat yang berlangsung di […]

» Read more

Tsunami Biru Melaka, 24 Kerusi DUN Bukti Penolakan Naratif PH

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang menyaksikan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memperoleh kemenangan besar dengan menguasai 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disifatkan sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan gabungan berkenaan. Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar, menyifatkan keputusan itu bukan lagi sekadar gelombang biru, sebaliknya sudah […]

» Read more

Tahniah BN, Pastikan Amanah Rakyat Dilaksana Sebaiknya – Wan Rosdy

MELAKA, 15 Nov – Menteri Besar Pahang merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada seluruh jentera Barisan Nasional (BN) atas kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sambil menegaskan mandat diberikan rakyat perlu dilaksanakan sebaik-baiknya. Beliau berkata, kemenangan itu disambut dengan penuh kesyukuran dan penghargaan kepada seluruh rakyat Melaka yang telah memberikan kepercayaan serta […]

» Read more

PRN Melaka: Gelombang Biru Adalah Gelombang Rakyat – Azalina

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Kemenangan Barisan Nasional (BN) bersama rakan kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2026 disifatkan sebagai manifestasi mandat rakyat yang mahukan kesinambungan khidmat bakti dan pembangunan negeri. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, berdasarkan keputusan, gabungan BN-Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi 24 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, dengan BN memperoleh 21 […]

» Read more

Mohamad Hasan Hargai Kepercayaan Pengundi, Kemenangan BN Satu Amanah

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi Melaka atas kepercayaan yang diberikan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau turut menghargai komitmen seluruh jentera, petugas dan sukarelawan yang telah bertungkus-lumus sepanjang tempoh kempen sehingga membolehkan BN memperoleh kemenangan. Menurutnya, pengorbanan semua pihak […]

» Read more

Tengku Adnan Zahir Syukur, Tahniah Atas Kemenangan BN Di PRN Melaka

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16. Beliau berkata, kemenangan itu merupakan hasil kerja keras, kesungguhan dan komitmen seluruh kepimpinan serta jentera parti yang telah berusaha sepanjang tempoh berkempen. Tengku Adnan yang juga Ketua […]

» Read more

BN-PN Sepakat Ab Rauf Calon Ketua Menteri

HANG TUAH JAYA, 14 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka susulan kemenangan gabungan bersama Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata keputusan tersebut dicapai menerusi persetujuan kedua-dua gabungan yang bakal membentuk kerajaan negeri selepas […]

» Read more

MITC Bergema, BN-PN Raikan Kemenangan PRN Melaka

HANG TUAH JAYA, 14 Nov – Suasana di Dewan Utama Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) malam ini bergema dengan laungan dan sorakan penuh kegembiraan apabila penyokong serta pendukung Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasama Perikatan Nasional (PN) meraikan kejayaan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Sejak dari awal iaitu selepas penutupan pusat pengundian, dewan berkenaan menjadi dipenuhi sorakan serta tepukan gemuruh […]

» Read more

Rakyat Melaka Pilih Gelombang Biru, Tolak Retorik Politik

HANG TUAH JAYA, 14 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan mandat melebihi dua pertiga majoriti yang diperoleh BN dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuktikan rakyat terus memberikan kepercayaan terhadap rekod pencapaian, kestabilan negeri. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata keputusan berkenaan mencerminkan penerimaan rakyat terhadap pendekatan dan tawaran […]

» Read more
1 … 11 12 13 14 15 … 2,385