Pengundi Melaka Buatlah Pilihan Bijak, Beri Mandat Kepada BN

MELAKA, 13 Nov – Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak, Datin Sri Rahayu Tajuddin menyeru seluruh pengundi di Melaka supaya keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian esok, dengan membuat pilihan bijak demi memastikan kesinambungan pembangunan negeri. Beliau berkata, pemilihan kerajaan negeri merupakan keputusan penting kerana ia bukan sahaja menentukan kepimpinan, malah mencorakkan hala tuju pembangunan dan kesejahteraan rakyat untuk tempoh […]

» Read more

Empat Pilihan Kepada DAP, Perjanjian Kerajaan Perpaduan Perlu Dihormati

KUALA LUMPUR, 13 Nov – UMNO mengemukakan empat pilihan kepada DAP susulan ketidakpuasan hati parti itu berhubung pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, selain menegaskan bahawa Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan perlu dihormati oleh semua parti yang terlibat. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo […]

» Read more

Bukan Anthony Sahaja, Semua Menteri Dap Wajar Letak Jawatan – Azman Azeez

MELAKA, 13 Nov – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez berpandangan, bahawa peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan tidak seharusnya dilihat sebagai satu tindakan yang memadai sekiranya beliau sendiri mendakwa keputusan itu dibuat atas prinsip dan pendirian politik Dap berhubung isu tahanan rumah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak. Tegasnya, jika Anthony Loke memilih […]

» Read more

Tak Tabur Janji Bulan Bintang, Manifesto BN Boleh Dilaksana – Zambry

MELAKA, 13 Nov – Barisan Nasional (BN) tidak mahu terjebak dengan budaya menabur janji bulan dan bintang semata-mata untuk memenangi pilihan raya, sebaliknya mahu menawarkan manifesto realistik yang benar-benar mampu dilaksanakan demi kepentingan rakyat. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pengalaman panjang parti itu dalam pentadbiran negara membolehkan BN memahami keperluan rakyat serta mengenal pasti agenda […]

» Read more

Kebebasan Bersuara Tidak Boleh Dijadikan Alasan Perlekeh Institusi Raja

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk memperlekehkan institusi diraja, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Menerusi satu kenyataan, beliau menegaskan bahawa permohonan pengampunan diraja merupakan hak yang diperuntukkan kepada setiap individu yang sedang menjalani hukuman. “Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur apabila Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan peluang menjalani baki […]

» Read more

Kes Najib: Bertauhidlah Ketika Berkata-Kata

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat, Al-Hafizi Abu Bakar menyeru rakyat supaya bertauhid ketika mengeluarkan kata-kata terutamanya ketika membahaskan mengenai isu tahanan rumah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ini kerana katanya, setiap rakyat Malaysia wajar diberikan ruang untuk membela diri mengikut lunas undang-undang yang ada termasuklah Datuk Seri Najib. “Datuk […]

» Read more

“Kalau Dah Langgar Syarat… Serah Semula Mandat Pada Rakyat”

HANG TUAH JAYA, 13 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perjanjian yang menjadi asas pembentukan Kerajaan Perpaduan perlu dipatuhi sepenuhnya. Beliau berkata kegagalan mematuhi syarat yang telah dipersetujui itu boleh menyebabkan perjanjian berkenaan terbatal dengan sendirinya. “Dalam perjanjian itu, kita menggariskan syarat-syarat yang jelas bahawa kerajaan ini kita wujudkan bersama atas titah Yang di-Pertuan Agong […]

» Read more

Jangan Korbankan Kestabilan Demi Janji Yang Belum Terbukti – Shahrizat

ALOR GAJAH, 13 Nov – Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, UMNO Malaysia (Hawa), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyeru rakyat khususnya kaum wanita untuk menghargai kestabilan politik yang dikecapi negara bagi jaminan masa depan generasi akan datang. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata kestabilan pemerintahan yang dibawa Barisan Nasional (BN) selama ini telah menyumbang kepada […]

» Read more

“BN Tak Mungkiri Janji… Junjung Titah Agong” – Norliza

ALOR GAJAH, 13 November – Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang niat untuk menarik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan, sebaliknya akan terus berpegang kepada komitmen dan janji yang telah dibuat untuk bersama-sama mentadbir negara sehingga tamat tempoh penggal. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, pendirian BN itu berlandaskan prinsip menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong serta […]

» Read more

TVET MARA Melaka Bakal Jadi Pusat Latihan e-Sports Kebangsaan – Ahmad Zahid

MERLIMAU, 13 Nov – Institusi TVET MARA di Melaka bakal dijadikan pusat latihan e-Sports seluruh negara sebagai usaha memperkasa pembangunan bakat anak muda dalam bidang sukan elektronik itu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu telah mendapat persetujuan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bagi menjadikan Melaka sebagai pusat pembangunan dan latihan pemain eSports […]

» Read more
1 … 14 15 16 17 18 … 2,385