PH Kuat Fitnah, Hasut, Putar Belit Fakta… Jadi Modal Nak Burukkan UMNO/BN – Zaidi

BAGAN DATUK, 20 Sept – Rakyat khususnya pengundi harus bijak menilai dan jangan mudah terpedaya hasutan fitnah yang ditaburkan oleh Pakatan Harapan (PH). Menurut Pemangku Ketua UMNO bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz ini telah terbukti semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, PH telah menggunakan berbagai-bagai hasutan sehingga rakyat terpedaya. “Saya merasakan itu adalah satu fitnah dan perkara yang sangat […]

» Read more

Petronas Naikkan Dua Kategori Elaun Pelajar Bawah Tajaannya – PM

KUALA LUMPUR, 20 Sept – PETRONAS akan menaikkan dua kategori elaun untuk pelajar di bawah tajaan mereka, melibatkan 2,267 orang berkuat kuasa serta merta. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kategori pertama melibatkan kenaikan elaun buku dan peralatan belajar daripada RM1,000 kepada RM1,500, untuk pelajar di Malaysia dan tambahan RM500 untuk pelajar di luar negara. Kategori kedua pula […]

» Read more

Ahmad Zahid Gesa Tolak Sikap Rasis Sempit, Kenyataan Tommy Thomas Tidak Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR – 20 Sept – Kenyataan bekas peguam negara Tommy Thomas dibidas dan dianggap tidak bertanggungjawab serta tidak sensitif kepada masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Tommy Thomas prejudis hingga melabel-label etnik Melayu tanpa melihat perspektif yang menyeluruh dan luas. Terdahulu dilaporkan Tommy Thomas menyatakan […]

» Read more

Jentera UMNO/BN Siap Siaga Kembalikan Parlimen Teluk Intan, Sedia Untuk PRU15 – Azhar

BAGAN DATUK, 20 Sept – Memandangkan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) bakal diadakan pada bila-bila masa biarpun tarikh sebenar pembubaran tidak diketahui, UMNO Bahagian Teluk Intan terus mengorak langkah dengan mempersiapkan jentera bagi menghadapi pertembungan tersebut. Ketuanya, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata akar umbi UMNO dan jentera BN telah siap siaga bagi mendepani PRU dengan tekad mengembalikan Parlimen Teluk Intan […]

» Read more

Beranikah Muhyiddin Untuk Tekan Butang Sekarang… Tariklah Sokongan Terhadap PM

KUALA LUMPUR, 20 Sept – “Paling utama, jika Tan Sri Muhyiddin meyakini kerajaan hari ini gagal urus ekonomi dan perlu adakan PRU15, maka jangan hanya menyalak dan menggertak, buktikan dengan tindakan sebagai anak jantan untuk segera arah anak-anak buah Tan Sri dalam Kerajaan untuk menarik sokongan terhadap PM. Kalau berani tekan butang sekarang!” Demikian bidas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr […]

» Read more

‘Angin’ Sokongan Nampak Kembali Kepada BN – Mahdzir

KUBANG PASU, 20 Sept – ‘Angin’ yang dulunya memihak kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, kini kelihatan sudah beralih kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, sentimen seperti itu adalah antara perkara paling penting dalam menentukan kemenangan mana-mana parti dalam PRU akan datang. “2018 dulu, kita dah tahu bahawa […]

» Read more

UMNO Wadah Perjuangan Tiada Galang Ganti, Ahli Bertaut Kukuh Untuk PRU15 – Hasan

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Ketua UMNO Bahagian Jasin Datuk Hasan Abdul Rahman menegaskan bahawa UMNO merupakan satu wadah perjuangan yang tidak ada galang ganti dan ia harus kembali menjadi lebih kuat dari sebelum ini. Sehubungan itu, beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai mengharapkan agar seluruh ahli UMNO kembali bertaut dan melupakan segala perselisihan faham. […]

» Read more

Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 Dijangka Tingkatkan Purata KDNK Sebanyak RM13 Bilion Setahun – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 19 Sept – Pelaksanaan Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 secara holistik dijangka dapat meningkatkan purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM13 bilion setahun dan mewujudkan lebih 207,000 peluang pekerjaan baharu. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aspirasi khusus yang ditetapkan di bawah Dasar Tenaga Negara (DTN) 2022-2040 yang dilancarkan hari ini akan dapat membantu mencapai aspirasi […]

» Read more

Lanjut Moratorium Kepada Usahawan PMKS Sedang Dipertimbangkan – Noh Omar

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sedang menimbangkan kemungkinan untuk melanjutkan moratorium kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang masih belum pulih ekadaan ekonominya akibat pandemik COVID-19. Menterinya, Tan Sri Noh Omar bagaimanapun berkata lanjutan moratorium akan diberikan mengikut kes-kes tertentu dengan mengambil kira keperluan usahawan PMKS terbabit. Katanya kes-kes mahkamah dan kebankrapan terhadap […]

» Read more

Jangan Ulangi Kesilapan PRU Ke-14 Lalu – Bung Moktar

BUKIT GARAM, 19 Sept – Rakyat diingatkan tidak mengulangi kesilapan seperti Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sehingga tiada satu parti pun yang dominan untuk menjadi kerajaan. Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kesilapan memilih itu menyebabkan ketidakstabilan politik negara sehingga sekarang. Menurut beliau, keadaan itu bukan satu gambaran yang baik kerana kerajaan memerintah terumbang-ambing merancatkan pembangunan dan […]

» Read more
1 … 1,391 1,392 1,393 1,394 1,395 … 2,372