Sepuluh Exco Pahang Angkat Sumpah Hari Ini

KUANTAN, 2 Dis – Seramai sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Pahang mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri hari ini. Majlis angkat sumpah membabitkan lapan ADUN Barisan Nasional (BN) dan dua dari Pakatan Harapan (PH) itu berlangsung di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al- Sultan Abdullah di Istana Abu Bakar, Pekan pada […]

» Read more

Parti Perlu Melangkah Ke Depan, Rapatkan Jurang Demi Malaysia – Sharkar

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Parti perlu melangkah ke depan dalam usaha memastikan perjuangan bukan sahaja diperkukuhkan malah terus diperkasa dalam usaha memastikan agenda dan kepentingan rakyat serta negara terjaga. Justeru Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berpandangan semua pihak perlu mencari titik persamaan dan bukan masing-masing menjarakkan lagi jurang yang ada kerana rakyat hari […]

» Read more

Belanjawan Surplus, Kerajaan Negeri Kompeten Jayakan ‘Aspirasi Maju Johor’ – Manndzri

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Belanjawan Johor 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menunjukkan betapa serius dan kompetennya kerajaan negeri dalam menjayakan Aspirasi Maju Johor. Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berkata, belanjawan tersebut mencakupi segenap fokus dan menyentuh pelbagai dimensi keperluan rakyat. “Alhamdulillah, meneliti pembentangan Belanjawan Johor 2023 yang dibentang oleh Menteri Besar Johor sebentar tadi […]

» Read more

Anak Muda Jangan Putus Asa, Terus Istiqamah Dalam Perjuangan UMNO/BN

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Anak muda yang setia kepada perjuangan UMNO/Barisan Nasional (BN) dinasihatkan untuk tidak berputus asa dan beristiqamah dengan mendalami semula segala kekurangan serta memperbaikinya dari pelbagai aspek. Pengarah Komunikasi Strategik Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Nazrin Faiz berkata, tugas untuk mengambil kembali hati rakyat perlu dilaksanakan dengan sebaiknya bagi menjamin kelangsungan parti. “Kepada anak muda […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Untuk Kepentingan, Kesejahteraan Rakyat – Dr Shafei

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah mengharapkan agar seluruh ahli UMNO dapat memperbaiki parti untuk terus relevan setelah melalui Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Dalam hal ini beliau juga mengajak ahli-ahli UMNO agar bersama-sama Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akur perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk […]

» Read more

Belanjawan Johor 2023 Bukti Kerajaan Tadbiran BN Komited, Bertanggungjawab Terhadap Rakyat

JOHOR BAHRU, 2 Dis – Kerajaan negeri Johor semalam telah membentangkan Belanjawan Johor 2023 yang bertemakan “Maju Johor: Makmur Bersama Rakyat”. Dalam hal ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata Belanjawan Negeri Johor yang dibentangkan oleh menteri besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi mencerminkan kerajaan yang sentiasa cakna dengan keutamaan negeri dan juga keprihatinan kepada […]

» Read more

UMNO/BN Perlu Pandang Ke Hadapan Demi Kelangsungan Parti – Noraini

KUALA LUMPUR, 2 Dis – UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu memandang ke hadapan demi kelangsungan parti ini, ujar Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Katanya, Wanita UMNO menyeru kepada seluruh ahli UMNO dan BN amnya serta ahli wanita khasnya untuk bersama-sama memberi kepercayaan, keyakinan dan bersolidariti dengan Presiden dan pucuk pimpinan parti dalam usaha untuk memulihkan […]

» Read more

Solidariti UMNO… Penjelasan Dan Dialog Terbuka Bersama Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada semua kepimpinan Wanita UMNO yang terlibat dalam menjayakan program Solidariti Bersama Presiden UMNO Dan Taklimat Isu Semasa, hari ini. Jelasnya, program tersebut diadakan untuk memberikan penjelasan secara terbuka kepada pimpinan Wanita UMNO khususnya Exco-Exco dan Ketua-Ketua Wanita Bahagian disertai dialog terbuka bagi […]

» Read more

Belanjawan Johor 2023 Catat Lebihan RM2.44 juta

ISKANDAR PUTERI, 1 Dis – Kerajaan negeri hari ini membentangkan Belanjawan Johor 2023 yang merupakan belanjawan lebihan RM2.44 juta selepas dua tahun berturut-turut mempersembahkan belanjawan defisit pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini. Kali terakhir kerajaan Johor membentangkan belanjawan lebihan ialah Belanjawan 2020 pada November 2019. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata hasil negeri pada tahun […]

» Read more

Kerajaan Pahang Tekad Teruskan Rekod Perkhidmatan, Ketepikan Ego Untuk Rakyat

ROMPIN, 1 Dis – UMNO/Barisan Nasional (BN) akan terus mengekalkan rekod perkhidmatan mereka kepada rakyat dan sanggup mengenepikan ego bagi menubuhkan kerajaan di negeri Pahang bersama Pakatan Harapan (PH). Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerjasama yang dilakukan bersama PH adalah tidak lain dan tidak bukan bagi meneruskan agenda kerajaan negeri untuk kebajikan rakyat. “Track record […]

» Read more
1 1,173 1,174 1,175 1,176 1,177 2,281