UMNO Johor Sokong Kepimpinan MB, Tubuh Sekretariat Dengan Kerajaan Negeri

JOHOR BAHRU, 1 April – Barisan kepimpinan UMNO Johor yang baharu hari ini menzahirkan sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri yang ada dibentuk Barisan Nasional (BN) susulan kemenangan lebih dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac, tahun lepas. “Kerana kita […]

» Read more

KPT Tidak Halang Mana-mana Pihak Masuk IPTA Adakan Program

JOHOR BAHRU, 1 April – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik daripada memasuki dan mengadakan program di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), di negara ini. Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata individu yang mahu mengadakan program di IPTA perlulah berbincang dengan pihak pengurusan universiti berkenaan terlebih dahulu. “Mungkin ada ‘break down’ dalam komunikasi, […]

» Read more

Tingkat Pengeluaran Lateks Untuk Kurangkan Import, Naikkan Harga

BAGAN DATUK, 1 April – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Risda akan menambah depoh pengeluaran lateks bagi meningkatkan pengeluaran komoditi itu di negara ini. Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia juga bagi mengurangkan kebergantungan import lateks dari luar negara bagi kegunaan industri tempatan. “Walaupun getah beku masih banyak dikeluarkan, tetapi keprihatinan […]

» Read more

Najib Wajar Dibebas dan Dilepaskan – Hakim Abdul Rahman

PUTRAJAYA, 1 April – Panel Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini mungkin tidak berlaku adil terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak semasa ia mendengar dan menolak rayuan bekas perdana menteri itu terhadap sabitan serta hukuman dalam kes SRC International Sdn Bhd apabila Najib tidak diwakili secara sah, kata hakim tunggal yang menentang keputusan majoriti menolak rayuan Najib semalam. Hakim Besar Sabah […]

» Read more

Tradisi Prihatin UMNO Diteruskan, SUA Santuni Warga MRSM Gerik

GERIK, 1 April – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pagi tadi berbesar hati menyantuni warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gerik di sini. Beliau meluangkan masa bersahur bersama 500 orang para pelajar dan warga pendidik di samping beramah mesra sebelum menunaikan solat subuh secara berjemaah dan pengisian tazkirah. “Pagi ini ke MRSM Gerik bagi bersahur, ramah mesra, […]

» Read more

Barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka Cerminkan Kerajaan Perpaduan – Ab Rauf

MELAKA, 1 April – Ketua Menteri Melaka yang baharu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh membayangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Harapan (PH) akan menyertai barisan Exconya nanti. Dalam satu hantaran di laman sosial Facebook rasminya, Ab Rauf berkata beliau akan memastikan barisan Exco yang akan dibentuk adalah lebih inklusif dan mencerminkan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya. Beliau menegaskan kerajaan […]

» Read more

MOF Timbang Peruntukan Segera RM45.5 Juta Naik Taraf CIQ KSAB

ISKANDAR PUTERI, 1 April – Kementerian Kewangan (MOF) akan menimbangkan peruntukan segera RM45.5 juta untuk menaik taraf Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), bagi mengatasi kesesakan. Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata terdapat empat projek naik taraf yang perlu dilaksanakan segera bagi menangani masalah kesesakan di laluan pintu masuk negara itu, yang […]

» Read more

Wujudkan RCI, Beri Keadilan Lebih Telus Ke Atas Najib – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 1 April – Pergerakan Pemuda UMNO memohon agar kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk memberikan keadilan yang lebih telus ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Kata Ketuanya Dr Akmal Saleh dalam satu hantaran di Facebook, cadangan tersebut diutarakan setelah mengambil kira hujah yang diberikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk […]

» Read more

Alma Mater… Ahmad Zahid Imbau Nostalgia Zaman Sekolah

IPOH, 31 Mac – Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berbesar hati ke sekolah lama beliau iaitu Sekolah Izzudin Shah, di Ipoh, Perak. Bersekolah di peringkat tingkatan lima pada tahun 1970, kehadiran beliau ke sini amat dinantikannya bagi mengimbau kembali zaman persekolahan. Majlis tersebut juga sebagai medium untuk bertemu dengan rakan-rakan […]

» Read more

Umum Exco Baharu Dalam Tempoh 48 Jam – Ab Rauf

MELAKA, 31 Mac – Ketua Menteri Melaka ke-13 Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang dilantik hari ini berkata beliau akan mengumumkan barisan exco yang baharu dalam tempoh 48 jam. Katanya beliau akan merujuk Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu, sebelum membuat pertimbangan untuk memilih 10 orang exco. “Secara automatik barisan exco […]

» Read more
1 1,171 1,172 1,173 1,174 1,175 2,355